LAGU terbaharu Mas Idayu berjudul Air Titik Ke Batu mengisahkan tentang perjalanan hidup penyanyi dangdut berkenaan.
Rakan duet dan juga komposer lagu tersebut Farez Adnan memberitahu dia menghasilkan lirik berdasarkan pemantauannya mengenai Mas memandangkan mereka mempunyai hubungan akrab.
Farez atau Muhd Fareezuan Adnan, 30, memberitahu dia juga saksi mata suka dan duka perjalanan hidup Mas yang dianggap sebagai ibu.
Mas dan Farez berkongsi perjalanan membuat single terbaharu mereka.
"Saya sentiasa ada ketika susah senang dia, saya tahu apa terjadi dan saya buat lirik berdasarkan apa saya lihat… Daripada awal sampai sekarang.
“Semua jawapan yang orang lain cari ada di dalam lagu itu. Dia tidak membuka aib tapi saya menulis berdasarkan pemantauan saya kerana kami rapat macam anak," katanya kepada mStar.
Menurut Farez, dia mengenali Mas secara peribadi malah menyifatkan idolanya itu seorang yang penyayang namun berasa hairan dengan nasib menimpanya.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mas Idayu bahagia selepas bercerai, ada perasaan bersalah terhadap penaja perkahwinan
ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun kahwin, Mas Idayu dan Sufian bercerai
Tambahnya, dia juga sanggup menanggung segala risiko berkenaan lagu itu memandangkan ia ditulis berdasarkan kisah nyata.
“Dia mungkin garang tetapi saya kenal dia seorang yang penyayang. Apa saya tulis di dalam lagu itu adalah kisah sebenar bukannya dibuat-buat tapi bukan hendak memburukkan sesiapa.
“Saya nak mummy (panggilan Mas) gembira dengan lagu ini walaupun cerita itu kisah sedih, jadi saya masukkan mood gembira,” ujarnya.
Saya okay dia buat lagu berdasarkan kisah saya.
MAS IDAYU
PENYANYI
Sementara itu, Mas pula memberitahu muzik dan lirik yang saling melengkapi menjadi salah satu punca dia terbuka hati untuk berduet dengan Farez.
Tidak hanya itu, dia juga memberi kebenaran kepada Farez untuk menulis lagu mengenai kisah hidupnya.
"Ya memang kisah hidup saya, bukan kisah hidup orang lain. Saya okay dia buat lagu berdasarkan kisah saya.
Mas beri kebenaran kepada Farez untuk berkongsi kisah hidupnya.
"Lagu ini sedap, muzik dan lirik itu masuk dengan saya. Kalau ada yang tak kena dengan saya dan menyakitkan mungkin saya tolak tapi ia sesuai dengan cerita saya," kongsinya.
Lagu Air Titik ke Batu merupakan hasil karya Farez dengan bimbingan Cikgu Kaber yang mengisahkan tentang harapan yang musnah, cinta yang dikhianati dan juga janji-janji dimungkiri.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!