PELAKON Jalil Hamid meluah rasa sedih ketika menghantar isterinya iaitu Haryati Sariat mengerjakan ibadah haji di Makkah.
Lebih sayu lagi mereka sepatutnya pergi bersama, namun Jalil, 67, tidak dapat berangkat disebabkan masalah kesihatan.
Perkara tersebut dikongsi oleh anak pelakon itu yang memberitahu ibunya pergi selepas mendapat keizinan suami.
Jalil (kiri) tidak dapat menunaikan haji kerana faktor kesihatan.
“Ayah tak dapat pergi sebab masalah jantung. Tapi tetap beri keizinan ibu untuk pergi walau tak pernah berjauhan sehari sejak sakit,” katanya.
Video tersebut dikongsi oleh anak Jalil yang dikenali sebagai Afiqah di laman TikTok miliknya pada Khamis.
Menerusi hantaran itu kelihatan Jalil berpelukan dengan isteri yang mahu berangkat ke Tanah Suci.
ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat Jalil Hamid nak tunai haji tahun ini tak kesampaian, kesihatan jantung kurang baik
ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan makin baik, Jalil Hamid syukur dah boleh makan daging kambing... Doktor pesan ikut sunah
Dalam rasa sayu, Afiqah juga mendoakan perjalanan ibunya mendapat berkat.
“Semoga mendapat haji yang mabrur. Semoga Allah kurniakan ibu kesihatan yang baik untuk beribadah dengan sempurna.
“Semoga Allah mengasihani ayah, memberikan pahala yang berlipat kali ganda untuk sabar dan redha hatinya,” luahnya.
Dalam temu bual sebelum ini Jalil juga pernah meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan ibadah Haji tahun ini meskipun sudah merancang lama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!