KONSERT Kasih Kekasih Inteam mendapat sambutan hangat peminat apabila tiket habis dijual dalam tempoh dua jam dilancarkan.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh kumpulan Inteam menerusi Instagram milik mereka pada Selasa.
Mereka juga meluahkan rasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan peminat kumpulan nasyid tersebut.
Inteam terharu dengan sokongan peminat.
"Diumumkan Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun sold out dalam masa dua jam.
"Terima kasih atas sokongan padu semua, mohon maaf kepada yang tidak berjaya," katanya.
Konsert berkenaan diadakan bersempena 25 tahun penubuhan kumpulan mereka yang terkenal dengan lagu seperti Kasih Kekasih dan Nur Kasih.
ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun Inteam kena ‘banned’ masuk UK, terpaksa batal persembahan... “Sekarang dah boleh tapi masih trauma”
ARTIEKL BERKAITAN: Inteam rakam semula ‘Kasihku Abadi’, tampil Ezad Lazim beri nafas baharu
Ia bakal berlangsung di Zepp KL pada 27 September depan yang boleh menampung kapasiti kira-kira lebih 2000 pengunjung.
Kumpulan ini dianggotai oleh empat orang iaitu Mohd. Syahril Abdul Khalid, Muhammad Hazamin Harun, Hisyam Ahmad dan Abdul Rahim Osman
Susulan itu, rata-rata peminat meluahkan rasa hampa apabila mereka tidak dapat menghadir konsert berkenaan.
Lagu Inteam masih lagi menjai siulan ramai.
Malah rata-rata mula mendesak kumpulan berkenaan menambah tarikh konsert bagi memenuhi pemintaan yang masih tingg.
"Tolong buat hari kedua, kami battel tak dapat-dapat.
"Sedihnya tunggu dari pukul dua tapi tak dapat juga!
"Dah berbulan tunggu tapi tak dapat, tolong pertimbangkan hari kedua!," antara komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!