suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zahnita beli kereta baharu, tak perlu sewa lagi

Jurujual menghantar kereta kepada Zahnita.

DEMI keselesaan hidup, pelakon dan model Zahnita Wilson akhirnya membeli sebuah kereta berjenama Renault Captur berwarna biru bagi membantu memudahkan pergerakkan harian. 

Menurut Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, kini dia tidak perlu lagu menggunakan kereta sewa seperti yang dilakukan sebelum ini. 

"Lepas ini tak perlu dah lenjan pakai kereta sewa. Terima kasih kepada Elle dan Ida (jurujual).

Zahnita gembira ketika menerima kereta idamannya.

"Sangat berpuas hati, terima kasih banyak," katanya.

Zahnita berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memaparkan dia bersama dua orang jurujual kenderaan.

Kenderaan tersebut diterima dengan khidmat penghantaran oleh jurujual berkenaan. 

Pelakon itu bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci tentang kereta baharunya itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita tak pernah dipukul suami, bekas rakan kongsi dedah sikap sebenarnya

ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita Wilson ‘burnout’, rehat buat pai... Jawab semua isu pada 18 April di mahkamah

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai yang rata-rata berharap Zahnita terus mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Mereka juga turut gembira melihat kemajuan yang dikecapi Zahnita sejak pelbagai isu melibatkan dirinya. 

"Terbang tinggi Zahnita! Awak sangat bertuah rezeki sentiasa memihak kepada awak.

"Terus move on, awak pun nampak makin cantik berbanding sebelum ini," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain