suria

Pendam banyak kisah, Amylea tak rindu zaman jadi peserta AF3

Amylea tidak merindui saat menjadi peserta AF3.

SELEPAS 20 tahun berlalu, penyanyi Amylea Azizan memberitahu dia tidak pernah merindui momen ketika menyertai program realiti hiburan Akademi Fantasia 3 (AF3). 

Bagaikan ada yang terpendam di hati, kata Amylea, 39, semua yang berlaku hanya menjadi kenangan buat dirinya. 

“Tak, sebab ada banyak benda yang saya pendam tetapi saya simpan sahaja kenangan yang baik-baik di meja kerja,” katanya. 

Perkongsian Amylea yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Perkongsian Amylea yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Amylea berkongsi perkara itu menjawab soalan pengikut di media sosial yang bertanya kepadanya adakah dia merindui ketika menyertai AF3. 

Pada hantaran berkenaan dia juga memuat naik gambar selepas konsert akhir berlangsung di mana di berjaya menjadi pemenang tempat ketiga. 

Dalam satu perkongsian berbeza, dia turut menceritakan semula tentang isi kandungan bagasi (luggage) pelajar AF yang sering kali menjadi pertanyaan ramai. 

ARTIKEL BERKAITAN: Amylea hampir putus asa, 20 tahun bakat tak dipandang... Kecewa dengan diri sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 22 tahun AF1, Nana Mahazan dedah ‘misteri’ bagasi peserta tersingkir

Menurutnya bagasi tersebut tersimpan barangan pelajar yang dikemas setiap minggu sebelum mereka beraksi di konsert mingguan. 

“Beg berisi barang, setiap minggu saya kemas barang... penat dik. 

“Lama-lama saya dah tak keluarkan dari beg, ambil barang dari beg sahaja,” ujarnya. 

Untuk info penyanyi Mawi muncul sebagai juara AF3 dan Felix Agus merupakan naib juara. 

Antara peserta lain yang turut bertanding di musim tersebut adalah Marsha, Yazer, Kefli dan Elliza.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain