suria

Haneesya Hanee tuntut bayaran RM1,000, beri tempoh 2 hari sebelum buat laporan polis

Haneesya masih terbuka memberi tempoh kepada agensi terbabit untuk berbincang.

PELAKON Haneesya Hanee tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis susulan ditipu oleh sebuah agensi yang gagal menjelaskan bayaran kepadanya selepas terlibat dengan kerja-kerja promosi produk di sosial media. 

Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Syed Sahlan, 25, bagaimanapun memberi ruang kepada pihak berkenaan untuk tampil bersemuka sebelum dia bertindak sedemikian. 

“Saya beri masa dalam sehari dua ini, mana tahu mereka mahu berdepan untuk selesaikan perkara ini. 

Haneesya masih belum menerima sebarang pembayaran untuk kerja promosi yang dilakukan.

“Kalau tiada sebarang maklum balas juga, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis supaya tiada lagi mangsa selepas ini,” katanya ketika dihubungi mStar

Menurut Haneesya juga pihak agensi tersebut gagal dihubungi selepas kali terakhir berjanji untuk membuat bayaran berjumlah RM1,000 pada 14 Mei lalu. 

Malah dia sendiri mendapatkan maklum balas wakil jenama produk tersebut dan diberitahu bayaran sudah dibuat kepada agensi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee tak berkira dengan ibu, siap beri kad ATM boleh guna bila-bila masa

ARTIKEL BERKAITAN: Minta ‘sponsor’ pakaian, Haneesya Hanee geram dilayan buruk… Siap nasihat tutup aurat

“Biasanya mengikut polisi standard, selepas muat naik konten di media sosial saya akan dapat bayaran atau paling tidak pun dalam tempoh 60 hari. 

"Dia minta beri masa dalam seminggu dua untuk selesaikan kertas kerja. Kali terakhir saya dapat menghubunginya pada 14 Mei lalu dan dia berjanji akan membuat pembayaran pada 20 Mei… Tapi sampai sekarang pembayaran masih belum dilunaskan dan dia tidak jawab sebarang mesej dan panggilan telefon,” ujarnya. 

Haneesya sebelum itu turut mendedahkan perkara tersebut serta perbualan bersama wakil jenama produk di Instagram miliknya pada Khamis.

Haneesya mendedahkan ramai mangsa mengadu mengalami nasib yang sama.

Tambah pelakon ini dia tidak menyangka selepas perkongsian dibuat, ramai rakan artis dan pempengaruh tampil mengaku menjadi mangsa agensi berkenaan.

“Ramai pempengaruh dan artis baharu mula reply story saya. Saya rasa DM di IG saya sekarang banyak menerima respons yang memberitahu mereka juga melalui perkara sama (tidak dibayar). 

“Saya dapat tahu agensi ini menggunakan artis baru dan pempengaruh yang tengah naik untuk dijadikan mangsa. Mungkin mereka ambil duit itu untuk kepentingan sendiri,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain