BEKERJA keras untuk keluarga, pelakon Haneesya Hanee memberitahu dia sama sekali tidak berkira dengan ibunya. Mahu memberikan kesenangan kepada ibu, Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Syed Sahlan, 25, berkata dia turut menyerahkan kad bank miliknya untuk digunakan pada bila-bila masa. Malah dia rasa gembira apabila melihat ibu iaitu Nor Sakuraneeda dapat membeli sesuatu hasil daripada titik peluhnya sendiri. Haneesya berkongsi perkara itu menerusi InstaStory. "Kad atm saya ada dekat dia (ibu). Dia pegang dan dia boleh guna bila-bila sahaja sampai habis pun tak apa. "Duit saya duit mummy juga sebab bukan saya saja yang bekerja. Mummy bekerja dengan saya, dia pengurus, pembantu peribadi, pemandu dan personal motivator saya. "Awak pernah lihat riak wajah ibu awak apabila dia membeli sesuatu menggunakan wang awak? Riak wajah bangga itu yang saya mahukan," katanya menerusi satu hantaran InstaStory pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Minta ‘sponsor’ pakaian, Haneesya Hanee geram dilayan buruk... Siap nasihat tutup aurat ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee tiada ‘job’ sejak menang anugerah, ibu terpaksa gadai barang kemas teruskan kehidupan Meskipun diberikan kebebasan untuk menggunakan wang anak, namun ibu pelakon itu tetap akan meminta kebenaran terlebih dahulu. Pun begitu, Haneesya menegaskan bahawa keberkatan dalam hidupnya adalah hasil daripada doa yang dipanjatkan oleh ibunya. Apa yang diberikan kepada ibunya tidak mungkin cukup untuk membalas segala pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang hidup Haneesya. Haneesya bekerja keras untuk mengubah nasib kehidupan keluarganya. "Tapi mummy sebenarnya tak sanggup pun guna duit saya. Bila dia pakai, dia mesti minta izin saya dahulu dan saya akan sentiasa mengizinkannya. "Sebab berkat dia doakan saya setiap masa. Saya percaya rezeki yang saya dapat ni sebenarnya dari doa dia. "Tak cukup banyak lagi saya bagi. Tak terbayar dan terganti dengan apa yang mummy dah buat untuk saya," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!