TIADA ibu yang sanggup melihat anaknya menahan kesakitan lebih-lebih lagi ketika usia mereka itu masih kecil. Itulah dilalui pelakon dan pengacara Ain Edruce, 34, apabila terpaksa menahan kesedihan melihat anaknya iaitu Soraya perlu menjalani pembedahan pada Rabu selepas disahkan mengalami angin pasang atau hernia. "Cerita semalam (Rabu), kasihan anak mummy dan daddy kena jalani pembedahan. "Soraya ada Hernia. Emosi saya semalam dengan hormon pun tak stabil kena tengok anak masih kecil kena buat pembedahan, sedihlah," katanya. Soraya selamat jalani pembedahan Hernia. Ain berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram pada Khamis. Sejurus selesai prosedur berkenaan, Ain meluahkan rasa syukur urusan tersebut dipermudahkan dan berjalan lancar. Malah kata Ain, Soraya sudah kembali sihat seperti biasa sehingga mampu untuk bergerak dan melompat tanpa rasa sakit. ARTIKEL BERKAITAN: Ain Edruce hamil anak kedua, suami paling gembira selepas acara ‘gender reveal’ ARTIKEL BERKAITAN: Anak diserang sawan, Ain Edruce tinggalkan set Melodi selepas dapat panggilan kecemasan "Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. "Soraya lepas kena bedah bukan main terus nak berjalan dan melompat. "Terus rasa tak sedih dah saya," ujarnya. Ain sedang menanti kelahiran cahaya mata kedua. Untuk rekod Ain mendirikan rumah tangga dengan usahawan Muhammad Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Soraya yang kini berusia 4 tahun dan Ain sedang hamil anak kedua. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!