suria

Anak sulung dah masuk usia 3 tahun, Mira Filzah sedia terima rezeki cahaya mata kedua

Mira sedia timang cahaya mata kedua.

PELAKON Mira Filzah bersedia jika dikurniakan cahaya mata kedua selepas anak sulungnya iaitu Wan Khair Amir sudah menginjak usia tiga tahun.

Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 32, memberitahu dia dan suami merancang untuk menjarakkan kehamilan kerana ketika itu mahu memberikan perhatian penuh kepada anak sulungnya yang masih bayi.

"Sekarang Amir dah umur 3 tahun jadi kami okay, saya pun berharap lepas Amir dah makin besar ni adalah rezeki kami lagi.

NP - 2025-01-23T124957.118

Mira dan suami sedia dikurniakan zuriat lagi.

"Tapi kita memang hadkan takkanlah anak masih kecil nak mengandung terus, insya-Allah ada rezeki memang kami terima," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mira berkata dia dan suami tiada mengambil apa-apa kaedah pencegahan kehamilan kerana percaya kepada rezeki.

Malah dia menerima kehadiran cahaya mata kedua itu dengan hati terbuka.

"Untuk bayi kedua saya dan suami ada rancang bila masa sesuai untuk kita cuba.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa nikmat dapat solat tahajud di Masjidil Haram, umrah Mira Filzah bertambah manis bersama suami dan anak

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah tak terbawa-bawa watak isteri dicurangi suami, kepercayaan kunci rumah tangga bahagia

"Tapi tidaklah merancang yang secara terhad sebab kami pun tiada ambil apa-apa kaedah pencegah kehamilan.

"Kami ikut sahaja, kalau rezeki datang cepat ke lambat kami tetap okay," ujarnya.

Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar Wan Mphammad Khairil Anuar pada September 2020.

NP - 2025-01-23T125013.751

Mira memegang watak sebagai Maya dalam drama Gadis Masa.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Wan Khair Amir yang kini berusia 3 tahun.

Dalam perkembangan lain, Mira merupakan pelakon utama dalam drama bersiri berjudul Gadis Masa yang ditayangkan bermula 23 Januari ini menerusi platform penstriman Viu.

Selain Sherry, pelakon lain turut membintangi drama berkenaan adalah Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Bella Dowanna, Fadlan Hazim, Sherry Ibrahim dan Nadia Aqilah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain