suria

Fikirkan masa depan, Shuib dan Watie dah sedia timang anak

Shuib dan Watie bersedia untuk timang cahaya mata pertama.

SELEPAS hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, pelawak dan pelakon Shuib kini menyatakan kesediaannya untuk menimang cahaya mata pertama bersama isteri, Watie.

Kongsi Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, hasratnya itu diluahkan kepada Watie ketika mereka sedang menunaikan umrah pada tahun lalu.

"Sebenarnya benda ini terjadi ketika kami pergi umrah baru-baru ini. Watie pada awalnya takut nak bagitahu saya yang dia mahu anak.

Shuib 1

Perkara tersebut terdetik ketika mereka menunaikan umrah tahun lalu.

"Jadi ketika umrah itu, saya yang buka mulut cakap untuk mahukan anak, Watie adalah manusia paling gembira pada masa itu.

"Sekarang ini pun Ayyash (anak keempatnya bersama Siti Sarah) sudah berusia empat tahun, jadi ini masa yang sangat sesuai untuk tambah anak," katanya kepada mStar.

Jelas Shuib, luahan itu bukan hanya sebagai simbolik perkahwinan mereka, namun ia bagi mengeratkan lagi ikatan antara Watie bersama anak-anaknya pada masa mendatang.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib ‘up’ nafkah bulanan, Watie percaya suami ambil iktibar kes cerai Fattah dan Fazura

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib minta Watie fokus jadi suri rumah, ke Turkiye bawa anak-anak selepas bulan madu di Pulau Langkawi

"Saya fikir yang semua anak itu adalah anak tiri kepada Watie. Jadi kalau apa-apa berlaku pada masa depan, tidak ada ikatan yang boleh ikat Watie dengan anak-anak saya.

"Kalau kata saya tiada nanti, anak-anak boleh sahaja menjauh dengan dia, tetapi kalau ada anak (bersama Watie), mereka (anak-anak) boleh rapat dengan adik baru," ujarnya.

Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Shuib 2

Shuib kini mempunyai empat anak hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah.

Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan Allayarham Siti Sarah namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8 dan Ayash Affan, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain