HAMPIR dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Fadlan Hazim sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa. Malah Fadlan atau Fadlan Hazim Anuwar, 33, berkata, perasaan ingin menimang cahaya mata itu terbawa-bawa sehingga sering bermimpi mengenainya. "Kami sudah bersedia sampai masuk dalam mimpi kami sudah ada anak tapi bila bangun baru tersedar itu semua hanya mimpi. Fadlan dan isteri tidak tangguh soal zuriat. "Dulu sebelum berkahwin saya tak pernah dapat mimpi seperti ini. Harap-harapnya jadi kenyataanlah," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Fadlan memberitahu dia dan isteri tidak merancang malah sentiasa mencuba mendapatkan zuriat namun masih belum rezeki mereka. "Memang tiada perancangan nak tunda (dapat anak), kalau boleh nak sekarang juga!," jelasnya. ARTIKEL BERKAITAN: Fadlan Hazim sudah sedia bergelar bapa, mahu dua orang cahaya mata ARTIKEL BERKAITAN: Fadlan Hazim dah jadi suami orang, selamat disatukan dengan wanita Kazakhstan Fadlan memberitahu dia sentiasa mengutamakan perasaan isterinya iaitu Aiya Mukhamedsalova yang kerap kali diasak dengan soalan berkaitan anak. Bagaimanapun dia bangga apabila isterinya seorang yang kuat dan tidak mudah terpengaruh dengan pertanyaan berkaitan cahaya mata. "Macam kes Janna Nick, saya risau kalau isteri kena tempias sama tapi setakat ini media sosial kami positif. Fadlan petingkan emosi isteri. "Ada yang bertanya tapi tiada lemparkan kata-kata negatif. Bab itu kami bersyukur. Isteri pun ada sahaja baca komen walaupun orang sekadar bertanya. "Bagi saya itu pun sudah ada tekanan tapi dia agak kuat dan hanya fokus kepada kehidupan dia," katanya lagi. Untuk rekod, Fadlan dan Aiya yang berasal dari Kazakhstan selamat mendirikan rumah tangga pada 16 Julai 2023. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!