suria

Atilia Haron belum terfikir tentang kahwin, seronok hidup single

Atilia lebih selesa hidup berdikari sebagai wanita 'single'.

SELEPAS lima tahun bercerai, penyanyi Atilia Haron masih belum terfikir kembali mendirikan rumah tangga walaupun mempunyai teman lelaki.

Atilia atau Raja Putri Atilia Raja Haron, 51, berkata, dia bahagia hidup berdikari malah semakin selesa dengan kehidupan solo.

“Kehidupan saya sekarang sama sahaja, ada teman lelaki tetapi saya tak mahu kahwin lagi. Nak enjoy hidup berdikari. 

Atilia masih belum terfikir untuk kembali mendirikan rumah tangga.

“Saya rasa gembira sebab baru pindah rumah baharu, saya duduk berdua dengan kucing di rumah, bahagia sangat.

“Hidup sebagai orang single ini tak salah pun. Orang selalu cakap jadi single ni teruk, tidaklah. Best,” katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Atilia memberitahu dia sudah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun dengan teman lelakinya dan menyerahkan urusan jodoh kepada Allah SWT. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kecil hati bakat kurang dapat perhatian, Indonesia lebih hargai Atilia Haron

ARTIKEL BERKAITAN: Atilia Haron imbau kenangan terpilih wakil Malaysia dalam iklan di Liverpool, ada kisah hanya sempat tayang 2 minggu

Kongsi penyanyi lagu Silly Little Thing ini, dia bersyukur kerana ditemukan dengan seorang lelaki yang baik dan memahami. 

“Ada juga berbincang soal kahwin tetapi saya selalu ‘potong’ (elak) cakap dia. 

“Dalam istilah lain kami hanya ‘go with the flow’. Alhamdulillah dia seorang lelaki baik. Dia juga bekerja dalam bidang produksi penerbitan content video. 

Atilia semakin selesa dengan kehidupan solo.

“Dia juga dulu pernah berkahwin tapi tidak mempunyai anak. Orangnya sangat tenang. Alhamdulillah hubungan kami sudah pun menjangkau tiga tahun,” ujarnya.

Untuk rekod, Atilia pernah berkahwin dengan Ariff Johan Abdul Aziz pada Disember 1998 namun mereka sah bercerai pada Januari 2009.

Atilia kemudiannya bertemu jodoh dengan Adam Sofian pada Ogos 2014, namun ikatan tersebut turut berakhir dengan penceraian pada 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain