suria

Kemunculan Fattah Amin di LIMA’25 raih perhatian, netizen teringat drama ‘Suri Hati Mr Pilot’

Fattah dipuji kelihatan tampan menggayakan sut juruterbang.

KEMUNCULAN pelakon Fattah Amin di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) pada Rabu mendapat pelbagai reaksi di media sosial. 

Menerusi video tular di TikTok, rata-rata netizen memuji ketampanan pelakon berkenaan yang menggayakan sut juruterbang helikopter. 

Malah ada peminat mengimbau kembali watak pernah dilakonkan oleh Fattah menerusi drama Suri Hati Mr Pilot, iaitu Ejaz Fakhri merupakan seorang juruterbang. 

Kemunculan Fattah di acara LIMA'25, Langkawi menarik perhatian ramai.

“Dia (Fattah) ni kalau jadi juruterbang pun memang kacak, sesuai sebab tinggi ada pakej lengkap. 

“Ejaz Fakhri yang sebenar (watak Fattah). Suri Hati Mr Pilot.

“Top Gun Malaysia, sesuai jadi hero,” tulis netizen. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tarikh nikah 25 Mei tak wujud, Fattah Amin jawab gosip kahwin Amira Othman

ARTIKEL BERKAITAN: Simpati nasib bekas isteri, Fattah Amin tak tahu Fazura hutang RM4.65 juta

Dalam perkongsian video tersebut, Fattah dilihat dibantu oleh beberapa petugas yang mempersiapkan dirinya dengan memakai kelengkapan peralatan sut termasuk ves keselamatan dan topi keledar. 

Pelakon drama Bidaah ini turut menggayakan kaca mata hitam sekali gus menyerlahkan lagi ketampanannya itu. 

LIMA’25 sedang berlangsung pada 20 hingga 24 Mei 2025 di Pulau Langkawi, Kedah. 

Pameran ini merupakan anjuran bersama Kementerian Pertahanan Malaysia dan Global Exhibitions & Conferences Sdn Bhd.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain