suria

Tarikh nikah 25 Mei tak wujud, Fattah Amin jawab gosip kahwin Amira Othman

Fattah nafi akan akan berkahwin dalam masa terdekat.

PELAKON Fattah Amin menyangkal dakwaan dia dan penyanyi Amira Othman bakal mendirikan rumah tangga pada 25 Mei ini.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata, tarikh yang ditularkan itu sememangnya tidak benar dan belum terfikir untuk menamatkan zaman duda.

“Tiada tarikh kahwin.

Fattah nafi akan berkahwin 25 Mei ini.

“Saya nafikan perkara itu, tarikh nak kahwin tu memang tak wujud,” katanya kepada mStar.

Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Pesta Unifi TV Lagi Best di The Curve, Damansara, Selangor pada Sabtu.

Tambah Fattah dia tidak menolak spekulasi perkahwinan itu apabila peminat teruja mahu melihat mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Dia bagaimanapun memberitahu hubungannya bersama Amira bukanlah seperti yang diharapkan oleh peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tegur Fattah Amin makin berisi, Amira Othman tolong jawab katanya ‘buff’ sebab main gim

ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman malu-malu ditanya tentang Fattah Amin, selalu kebetulan pakai sedondon

“Timbul isu tarikh ini mungkin daripada peminat, mereka mahu hubungan kami ke fada seterusnya.

“Tapi untuk sekarang saya boleh cakap kami tak lebih daripada rakan sekerja,” jelasnya.

Dalam masa sama dia juga menegaskan perjumpaan bersama keluarga Amira hanyalah secara kebetulan.

Saya nafikan perkara itu, tarikh nak kahwin tu memang tak wujud,

FATTAH AMIN

PELAKON

Malah pelakon itu juga memberikan jawapan sama mengenai masih mengenakan pakaian warna sama jika bertemu dengan Amira.

“Terjumpa di Singapura hari itu sebab kebetulan, penganjur acara di sana sebelum ini pernah jemput saya dan baru-baru ini mereka nak ada Amira sekali.

“Keluarga dia pun duduk di Johor Bahru dan nak ikut Amira, jadi memang kebetulan terjumpa di sana.

Fattah bersama keluarga Amira.

“Baju sedondon pun kebetulan, kami juga masih ada baki beberapa kontrak kerja bersama,” ujarnya.

Sebelum ini, timbul dakwaan mengenai Fattah dan Amira bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Lebih menguatkan spekulasi itu apabila mereka berdua dilihat kerap berjumpa keluarga kedua-dua belah pihak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain