suria

Simpati nasib bekas isteri, Fattah Amin tak tahu Fazura hutang RM4.65 juta

Fattah (kanan) bersimpati atas apa yang berlaku kepada Fazura.

PELAKON Fattah Amin tidak mengetahui mengenai isu syarikat pembekal tudung mengambil tindakan saman terhadap bekas isterinya iaitu aktres Nur Fazura berkaitan hutang yang tertunggak berjumlah RM4.65 juta.

Memilih untuk enggan mengulas, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, juga merasakan perkara berkenaan terlalu sensitif. 

“Saya tak tahu fasal isu saman tu, dapat tahu pun bila keluar dekat berita.

Fattah enggan mengulas lanjut berhubung isu peribadi bekas isterinya.

“Saya tak berani nak komen fasal perkara itu. Memang tak boleh nak cakap banyak sebab itu isu peribadi,” katanya kepada mStar.

Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Pesta Unifi TV Lagi Best di The Curve, Damansara, Selangor pada petang Sabtu.

Sebagai bekas suami, pelakon ini juga meluahkan rasa simpati apabila mendengar kisah tersebut menjadi bualan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pembekal tudung tuntut hutang RM4.65 juta daripada Fazura, dedah terima cek tendang

ARTIKEL BERKAITAN: Gemar berkaraoke permulaan jadi penyanyi, kawan-kawan puji suara Fattah Amin sedap

“Sudah tentu bila tengok tentang berita itu saya bersimpati, tapi doakan sahaja yang terbaik dan semoga segala urusan dipermudahkan buat bekas isteri saya.

“Dia pun bukan orang lain, ibu kepada anak saya,” ujarnya.

Saya tak berani nak komen fasal perkara itu. Memang tak boleh nak cakap banyak sebab itu isu peribadi. 

FATTAH AMIN

PELAKON

Baginya berdiam adalah langkah terbaik daripada mengundang pelbagai tanggapan tidak benar. 

Fattah juga berharap kisahnya  tidak menjadi bahan bualan kelak sekira berlaku sesuatu. 

“Jika suatu hari diuji, saya pun tak mahu orang berkata bukan-bukan sebab tak tahu cerita sebenar,” jelasnya.

Syarikat milik Fazura sebelum ini dikatakan gagal membayar hutang kepada pengilang tudung.

Sebelum ini, media melaporkan syarikat milik Fazura gagal membayar hutang RM4.65 juta daripada syarikat pengilang tudung milik Obor Holding iaitu Feline Malaysia.

Katanya Fazura hanya membayar RM2,680,167.90 dari jumlah sepatutnya sekali gus masih berhutang sebanyak RM4.65 juta kepada pihak Feline.

Malah segala usaha untuk menyelesaikan isu berkenaan di luar mahkamah juga gagal apabila pihak Fazura tidak memberikan maklum balas positif.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain