PENYANYI Lan Solo terpaksa ditahan di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor sejak Jumaat susulan masalah peti suara yang dialami.
Perkara itu dimaklumkan oleh isterinya iaitu Nur Shiela Hassim yang memberitahu Lan atau Muhammad Razlan Mohamed Yusof, 40, memerlukan penjagaan rapi dan rehat selepas mendapat nasihat doktor pakar.
"Doktor nasihatkan untuk rehatkan peti suara sebab sudah terlebih guna, dia banyak buat persembahan back to back.
Lan menerima rawatan di HCTM.
"Jadi pilihan untuk ditahan wad adalah yang terbaik sebab selagi berada di rumah banyak gangguannya. Kalau orang datang ke rumah takkan tak keluar.
Lan sebelum itu turut berkongsi gambar dia sedang menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan.
Tambah Shiela, suaminya itu mula demam selepas terlibat dengan sebuah persembahan di Sandakan beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital.
ARTIKEL BERKAITAN: Hebat! Anak Lan Solo harumkan nama negara, juara tarian di Paris
ARTIKEL BERKAITAN: Buasir tahap empat, Lan Solo terpaksa jalani pembedahan kali kedua... “Dah cuba pelbagai cara tapi tak jadi”
Lan juga sempat menghubungi penyanyi Datuk Awie bagi bertanya pendapat berhubung masalah yang dialami.
"Dia tiba-tiba demam selepas persembahan di Sandakan. Mungkin peti suara itu sudah beri petunjuk bahawa dia terlalu banyak menyanyi.
"Lan ada menghubungi Awie meminta pandangan. Kata Awie sudah tiba masa berjumpa dan mendapatkan nasihat pakar," ujarnya.
Shiela memberitahu jadual Lan sibuk sejak awal Januari sehingga kurang masa berehat.
Lan banyak melakukan persembahan pentas sejak awal tahun lalu.
Baginya langkah mendapatkan rawatan dan nasihat pakar lebih awal adalah yang terbaik agar peti suara penyanyi itu kembali pulih dalam masa terdekat.
"Dia memang sentiasa menggunakan suara. Kalau bukan persembahan solo, berkumpulan pula. Dia juga terlibat dengan rakaman untuk YouTube.
"Syukur suami tidak mengalami masalah kesihatan lain. Cuma perlu rehatkan tekak semaksima mungkin untuk selamatkan suaranya bagi persembahan-persembahan akan datang," jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!