TAMPIL memohon maaf, penyanyi Luqman Faiz menganggap isu dia memberi komen tentang rakan artis iaitu Fieya Julia sudahpun selesai dan tidak perlu dipanjangkan.
Namun kata Luqman atau Luqman Abdul Halim Faiz, 25, timbul perasaan terkilan apabila Fieya memadam foto mereka bersama di media sosial seolah-olah tidak menerima permohonan maaf yang telah dibuat.
"Perkara pertama yang saya lakukan selepas melihat artikel berkenaan keluar, saya terus menghubunginya dan minta maaf kalau dia ada terasa hati.
Luqman terkilan Fieya memadam gambar mereka di TikTok.
"Tapi saya tengok di TikTok sudah tiada gambar dan content bersama. Apa motif dia sebenarnya?
"Apa membuatkan saya terkilan, dia cakap semuanya okay selepas saya minta maaf. Jika tidak okay boleh saja berterus terang," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.
Luqman mengulas perkara itu selepas tular temu bual dia bersama media menjawab tentang hubungannya dengan Fieya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ayat ‘dia bukan taste saya’ guris hati Fieya Julia, Luqman Faiz hantar mesej minta maaf
ARTIKEL BERKAITAN: Luqman Faiz derita gangguan mistik, sering sakit dan menangis tanpa sebab
Dalam temu bual tersebut, Luqman menjelaskan mereka sekadar teman biasa sebelum penyanyi itu secara spontan menyebut ‘dia bukan taste saya’ merujuk kepada Fieya.
Mengakui kesilapan tersebut, Luqman juga menegaskan kenyataan tersebut hanyalah sekadar gurauan dan tidak bermaksud menghina atau merendah-rendahkan Fieya.
"Saya dan Fieya memang selalu bergurau. Cuma saya akui silap saya ketika itu. Apabila tonton semula rakaman (temu bual) saya sedar ia memang kasar.
Luqman (kiri) mengakui kenyataan dibuat kepada pihak media agak kasar.
"Tapi saya anggap masalah ini selesai kerana sudah pun minta maaf. Berhubung kecaman netizen pula saya tidak mahu ambil pusing kerana hal ini antara saya dan Fieya sahaja," ujarnya.
Menerusi temu bual bersama mStar pada Jumaat lalu, Fieya atau Nur Syafiyah Sejali, 26, percaya Luqman boleh menggunakan ayat lebih berhemah dalam menjawab soalan wartawan.
Ujar Fieya, hatinya mungkin tidak terguris jika perkara itu disebut dalam kalangan rakan-rakan dan bukannya kepada pihak media.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!