IMPIAN pendatang baharu Killa Driz merakamkan lagu bersama idolanya iaitu Joe Flizzow dan SonaOne menjadi realiti.
Apa lebih mengharukan kata Killa atau Idris Shah, lagu berjudul Last Time itu turut mendapat sentuhan Joe yang merupakan hadiah buatnya.
“Proses penghasilan lagu ini cukup organik. Saya masih ingat SonaOne telefon dan minta saya datang ke pejabat Joe dan apabila sampai, 'beat' lagu itu sudah pun siap.
Killa (kanan) kagum dengan bakat dimiliki Joe dan SonaOne (kiri).
“Asalnya lagu ini bukan saya punya malah tiada dalam perancangan pun hendak merakamkannya.
“Saya ingat ada satu hari itu, Joe ada cakap dia mahu hadiahkan saya sebuah lagu dan langsung tidak menyangka dia akan mengotakan janjinya,” katanya kepada mStar.
Last Time kata Killa turut mendapat sentuhan SonaOne sebagai komposer dan penerbit lagu berkenaan bersama Joe.
Killa memberitahu dia turut menyumbang sebagai penulis lirik bersama lagu tersebut bersama Joe dan SonaOne.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hampir 20 tahun tidak bersama, Joe Flizzow tak tolak kerjasama dengan Malique
ARTIKEL BERKAITAN: Killa Driz cari identiti sebagai penyanyi rap, jadikan Joe Flizzow dan SonaOne inspirasi muzik
Bercerita pengalaman bekerjasama dengan dua nama besar itu, Killa menyifatkan pengalaman berada di studio bersama mereka adalah penghormatan besar buatnya.
Malah peluang bekerja dengan Joe dan SonaOne turut memberi peluang dia menimba ilmu daripada mereka.
“Bekerja untuk lagu ini sangat membuka minda saya. Saya berhasil menimba banyak ilmu daripada Joe dan SonaOne dengan menyaksikan sendiri cara mereka bekerja.
“Banyak perubahan sama ada besar atau kecil yang dilakukan namun saya bersyukur bahagian vokal yang dibuat lebih awal dikekalkan selain kami turut menambah lapan bar pada lagu tersebut,” kongsinya.
SonaOne (kiri) dan Joe (kanan) percaya dengan bakat Killa.
Sementara itu, SonaOne memilih Killa kerana percaya dia antara pelapis muda yang mampu memartabatkan genre hip hop dan rap di Malaysia.
Kata SonaOne, walaupun masih baru dalam dunia seni namun Killa sudah mempunyai perancangan yang jelas tentang kariernya termasuk membina nama ke peringkat antarabangsa.
“Dia sudah ada perancangan besar untuk kariernya pada masa akan datang.
“Misinya juga adalah untuk mengukuhkan nama menerusi karya dihasilkan di persada muzik tempatan dan antarabangsa,” katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!