suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elisya Sandha selamat bersalin anak kedua, timang bayi lelaki

Elisya selamat melahirkan cahaya kedua pada malam Jumaat.

PELAKON Elisya Sandha selamat menimang cahaya mata kedua pada malam Jumaat.

Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh suaminya iaitu Uzair Haqimy yang memaklumkan mereka menimang bayi lelaki.

Uzair turut memberitahu Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan, 26, berada dalam keadaan baik selepas melahirkan cahaya mata kedua mereka.

Elisya dan suami sudah mempunyai dua orang cahaya mata.

“Alhamdullilah ya Allah. Terima kasih kepada yang mendoakan.

“Terima kasih buat isteriku. Sekali lagi awak berjaya buat saya kagum dengan kekuatan awak,” katanya.

Uzair berkongsi perkara itu sejurus Elisya melahirkan cahaya mata mereka menerusi hantaran di Instastory miliknya

Menghargai pengorbanan isteri, Uzair memberitahu jasa Elisya melahirkan dua cahaya mata mereka sememangnya tidak dapat dibalas.

ARTIKEL BERKAITAN: Elisya Sandha bakal timang anak lelaki, belum buat sebarang persiapan

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal bersalin bayi lelaki, suami bawa Elisya Sandha tunai umrah tanda penghargaan

“Tak akan mampu saya balas jasa awak sayang (panggilan Elisya),” ujarnya.

Untuk rekod Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021.

Mereka juga dikurniakan anak perempuan iaitu Bunga Elhaq yang kini berusia 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain