RELA menanggung sakit demi menjadi seorang muslimah lebih baik, isteri pelakon Azlan Komeng selesai menjalani pembedahan mengeluarkan silikon pada bahagian hidung.
Nur Nilam Ortiz, 45, berkata, walaupun ada mengatakan dia tidak perlu membuang silikon tersebut kerana sudah bertaubat namun merasakan keputusan dibuat adalah tepat bagi mendapat ketenangan.
Malah kata Nilam dia tidak mahu diselubungi dengan perasaan menyesal jika tidak membuang silikon tersebut.
Silikon yang berjaya dikeluarkan dari hidung.
“Ada orang cakap dengan saya tak payah (buang) silikon atau tatu kalau sudah bertaubat.
“Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Pengampun. Betul saya sangat bersetuju! Tapi setiap orang berbeza pendapat.
“Bagi saya lebih baik sakit mencuba (buang) dan kemudian baru serah daripada menyerah tanpa mencuba,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berniqab melentok mesra di bahu Azlan Komeng... Nilam tak maafkan individu tuduh dirinya menyamar
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berpurdah tawan hati Azlan Komeng guna mata, terima digelar penyondol - “Saya lebih cantik daripada Nilam”
Nilam berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya pada Jumaat yang turut memaparkan silikon bersama cebisan daging yang sudah dikeluarkan.
Malah menerusi siaran langsung terbaharu turut memaparkan wajahnya membengkak sementara hidungnya dibaluti kapas.
Dia juga percaya usahanya itu tidak akan sia-sia kerana Allah melihat percubaan dirinya menjadi insan lebih baik.
Muka Nilam bengkak selepas pembedahan.
Bukan itu sahaja, dia juga berhasrat ingin membuang tatu yang ada pada badannya suatu hari nanti.
"Sekurangnya Allah melihat usaha saya, fasa pertama sudah pun berjaya. Bengkak muka macam ikan kembung tapi saya akan bersiaran langsung seperti biasa. Selepas ini buang tatu dan hapuskan dosa-dosa dulu.
"Semoga Allah menerima taubat dan Insya-Allah hidayah ini akan saya jaga sampai tutup mata. Doakan ya!," kongsinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!