WANITA berniqab dipercayai bakal isteri kedua pelakon Azlan Komeng tampil mempertahankan diri selepas menerima kecaman teruk daripada netizen.
Dia yang dikenali sebagai Maizila Aini memberitahu sudah puas bersabar dengan tuduhan dan kutukan netizen mengenai rupa parasnya.
Menurut Maizila, matanya itu menjadi punca Azlan tertarik dengan dirinya dan hubungan mereka bertahan sehingga hari ini.
Maizila akhirnya memberi respon terhadap kecaman netizen.
"Saya perhati saja di siaran langsung Nilam, sama naik dengan netizen, kutuk-kutuk mata saya. Cakap saya macam orang tualah, mata saya seramlah.
"Saya ini lebih cantik daripada Nilam. Sebab mata inilah Azlan Komeng jatuh cinta dengan saya... Ada dengan saya sampai sekarang," katanya.
Maizila berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.
Kata Maizila, dia tidak akan membalas perbuatan Nilam kerana percaya Allah akan membalasnya kelak.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berniqab melentok mesra di bahu Azlan Komeng... Nilam tak maafkan individu tuduh dirinya menyamar
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas fail fasakh, isteri Azlan Komeng bawa diri balik Thailand
Malah dia tidak mempedulikan tanggapan orang yang menganggap dia sebagai perosak rumah tangga orang lain.
"Takpelah, meroyanlah apa saja... cakaplah apa saja. Tapi Nilam awak tahu, awak kutuklah cakaplah apa pun mengenai saya.
"Saya pun boleh cakap fasal awak tapi saya malas sebab mulut saya tak jahat macam awak. Biarlah orang cakap saya penyondol laki orang atau apa!
"Saya tak hadap nak jadi isteri seorang artis, tapi awak kena tanya Azlan kenapa kami masih bersama sampai sekarang," kongsinya.
Maizila dan Nilam didakwa miliki mata yang sama.
Sebelum ini kemunculan Maizila menjadi perbualan hangat netizen apabila berkongsi foto mesra bersama Azlan Komeng.
Perkongsian tersebut juga mencetuskan tanda tanya netizen yang rata-rata ingin mengetahui status pasangan itu.
Malah ada juga yang mendakwa Maizila sebenarnya adalah isteri Azlan sendiri iaitu Nur Nilam Ortiz dan mereka hanya sekadar mahu mencetuskan kontroversi.
Namun Nilam dalam satu kenyataan menyangkal dakwaan tersebut sekali gus tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen memfitnahnya.
Nilam hadir ke mahkamah untuk memfailkan fasakah.
Pada Mac lalu, Nilam mendedahkan suaminya bakal berkahwin kali kedua namun tidak lama selepas itu dia hadir ke mahkamah untuk memfailkan fasakah.
Namun Azlan enggan melepaskan isterinya kerana mempunyai alasan tersendiri.
Untuk rekod, Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 48, dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!