WUJUD perasaan gembira dalam diri penyanyi Datuk Nora Ariffin apabila suaminya iaitu Dr. Rushdi Ramli enggan melepaskannya pada sebutan pertama kes penceraian mereka pada Selasa.
Kata Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, berkata, perasaan itu timbul kerana percaya suaminya itu masih sayangkannya dan perkahwinan mereka.
Bagaimanapun kata Nora, dia tetap dengan pendirian untuk meneruskan penceraian mereka.
Nora gembira suami masih mahu pertahankan rumah tangga.
“Pada awalnya, saya macam tidak tahu macam mana nak terima (sekiranya diceraikan), takut pengsan ke apa.
“Namun selepas Dr. Rushdi beritahu tidak mahu bercerai, perasaan saya seronok juga. Rasa macam dia masih ada perasaan sayang kepada saya,” katanya kepada mStar.
Nora berkongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor selepas perbicaraan pertama kes penceraian mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak setuju cerai, masih sayangkan Nora
ARTIKEL BERKAITAN: Nora reda jika diceraikan, tak mahu lagi hidup dalam persekitaran toksik
Ditanya mengenai dakwaan mengatakan dia memfailkan cerai hanya untuk mencetuskan drama, Nora menyangkal dakwaan tersebut.
Tegasnya, dia mahu meneruskan penceraian tersebut disebabkan mahu keluar daripada kehidupan toksik selain membersihkan namanya.
“Tindakan saya fail cerai pun sebab sudah terlalu penat melalui semua ini. Memang boleh bertahan tetapi sampai bila?
Rasa macam dia masih ada perasaan sayang kepada saya
DATUK NORA ARIFFIN
PENYANYI
“Saya sudah buat apa yang patut dilakukan. Hari ini pun keputusan dia tidak dipengaruhi mana-mana pihak.
"Walaubagaimanapun, saya sebagai isteri, perlu hormat dan berbincang selepas ini," ujarnya.
Pada Selasa, Mahkamah Rendah Syariah Petaling menetapkan 4 Jun sebagai tarikh sebutan kedua kes perceraian Nora dan Rushdi.
Rushdi enggan lafaz cerai terhadap Nora.
Peguam yang mewakili Nora, Sarah Mohd Ali berkata, ini bagi membolehkan pasangan tersebut menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Rushdi enggan menceraikan Nora.
Pada 21 April, Nora memfailkan permohonan cerai selepas rumah tangga gagal menemui titik penyelesaian.
Untuk rekod, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi pada penghujung 2021.
Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube