suria

Lauk asam pedas ikan pari masakan ibu dipertikai, Atikah Suhaime gelar netizen ‘senduk’

Atikah geram dengan segelintir netizen mengkritik cara hidupnya.

PELAKON Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa kurang senang apabila menerima komen segelintir pengikut di media sosial yang cuba memberi nasihat tentang cara pemakanan ibu berpantang.

Menurut Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, dia tidak memerlukan pandangan daripada mana-mana pihak yang sekadar bercakap kosong tanpa membuat pertimbangan terhadap diri sendiri terlebih dahulu.

"Kalau awak tak nampak awet muda atau badan tak kurus, saya tak perlukan nasihat awak fasal pantang.

Atikah geram dengan netizen.

"Nasihatkan diri sendiri, cantikkan diri sendiri dulu baru nasihat orang lain. Ada hati nak cakap itu ini. Masing-masing macam 'senduk'," katanya.

Atikah menulis perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram pada Sabtu.

Dalam masa sama dia turut menyelar netizen yang mendakwa masakan disediakan oleh ibunya boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan dalam tempoh berpantang.

"Takkanlah ibu saya sendiri nak racun anak dia?

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime selamat timang bayi perempuan, pilih nama Lyla Mulan Teh

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bangun setiap 20 minit, suami Atikah Suhaime rasa sendiri pengalaman berjaga malam

"Rata-rata komen di TikTok mengatakan makan ikan pari itu berbisa. Nanti takut anak saya kembung perut," ujarnya.

Malah pelakon juga merasa pelik kerana kerap menerima nasihat sebegitu sedang dia sudah habis tempoh berpantang.

Perkara itu secara tidak langsung melemahkan semangat Atikah untuk membuat pengisian kandungan ‘mukbang’ seperti mana yang sering dilakukan sebelum ini.

"Sibuk lagi cakap fasal makanan pantang, padahal saya dah habis pantang.

Atikah rasa malah nak buat video 'mukbang' lagi.

"Awak ingat saya nak dengar cakap awak? Serius saya malas nak buat mukbang," luahnya.

Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada Januari 2024.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Lyla Mulan Teh yang dilahirkan pada 8 Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain