WAJAH isteri pelakon Azlan Komeng berkemungkinan tidak akan kembali menjadi normal selepas menjalani pembedahan mengeluarkan silikon.
Nur Nilam Ortiz, 45, berkata, susulan pembedahan itu hidung dan dagunya menjadi senget kesan daripada memasukkan dan membuang silikon pada wajahnya.
“Sesiapa yang kata ini (konten) saya tak peduli. Doktor 'buka' hidung dan kikis (silikon) menyebabkan batang hidung saya senget.
Nilam kongsi jahitan yang diterima untuk membuang silikon.
“Doktor juga 'buka' dua hingga ke tiga inci dan kikis semuanya di bahagian dagu. Nampak lekuk dan tidak akan kembali normal.
“Mungkin muka saya tak akan jadi normal seperti sebelum (pembedahan plastik) dan semasa serta selepas dibuang (silikon). Saya bukan tambah tapi buang,” katanya.
Nilam berkongsi perkembangan diri selepas enam hari menjalani pembedahan membuang silikon di TikTok miliknya.
Menerusi video yang dikongsi turut memaparkan wajahnya masih bengkak dan berjahit.
ARTIKEL BERKAITAN: Rela tanggung sakit daripada menyesal, isteri Azlan Komeng buang silikon
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berniqab melentok mesra di bahu Azlan Komeng... Nilam tak maafkan individu tuduh dirinya menyamar
Menerusi video yang dikongsi turut memaparkan wajahnya masih bengkak dan berjahit.
Katanya, proses tersebut menyakitkan namun ia usaha dalam menjadi insan yang lebih baik.
Nilam memberitahu buat masa ini wajahnya masih terasa sakit dan bengkak selain mengambil masa untuk sembuh.
Silikon yang dikeluarkan dari wajah Nilam.
“Seksa sangat! Saya tak kisah dianggap ini sekadar konten kerana saya cuba menjalankan tanggungjawab sebagai Muslimah yang baik.
"Cuma saya nak beritahu kalau kita kikis kologen, silikon ini akan terkikis dengan isi sekali. Jadi tengok sajalah macam mana selepas ini.
"Doktor kata prosesnya dua minggu tapi saya tengok ini mungkin ambil masa lama lagi kerana belum nampak reda lagi," ujarnya.
Nilam mahu jadi insan yang lebih baik.
Dalam pada itu, Nilam memberitahu dia terpaksa menjalani pembedahan kerana ia merupakan satu-satunya cara untuk membuang silikon pada wajah dan tubuhnya.
“Bila pakai kologen silikon ini tidak sama macam filler sekarang, yang sekarag boleh suntik untuk cairkan tapi zaman saya dulu dipanggil kologen silikon tak boleh disuntik untuk cairkan.
"Jadi siapa-siapa yang berniat untuk buang kena melalui proses pembedahan. Ini ramai tak mahu kerana dia akan jadi seperti saya," tambahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!