SELEPAS 30 tahun tidak menghasilkan sebarang karya baharu, pelakon Joey Daud akhirnya melancarkan single terbaharu berjudul Wamwamsam.
Joey atau Zulkifli Duad, 52, menjelaskan perasaan fobia dan trauma menjadi punca dia melupakan niat meneruskan karier dalam bidang nyanyian.
Tambahnya lagi, perasaan trauma itu disebabkan dua albumnya di bawah syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd kena 'ban'.
Joey menceritakan pengalaman album kena 'ban'.
Kata Joey, album kali ini merupakan percubaan terakhir sebelum meletakkan noktah jika ia gagal menambat hati pendengar.
“Rasa gemuruh sangat, tak tahulah orang boleh menerima lagi sebab usia pun sudah meningkat.
“Itu saya rasa kalau tak boleh ‘pergi’ mungkin ini lagu terakhir daripada saya.
ARTIKEL BERKAITAN: M Nasir berjaya pujuk Joey Daud, bakal muncul lagu baharu kolaborasi rapper Sabah
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Empat kali Naqiu pujuk, akhirnya Joey Daud setuju sertai ‘Famili Duo 4’… Mahu kembali aktif menyanyi
“Rasa trauma masih ada sebab sebelum ini setiap kali keluar album mesti kena 'ban',” katanya kepada mStar.
Joey berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran lagu terbaharunya yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.
Berkongsi lebih lanjut, Joey memberitahu dia dipujuk Datuk M. Nasir serta isterinya Watie Sadali untuk kembali menyanyi.
Kalau ikutkan sampai sekarang masih tiada kekuatan lagi.
JOEY DAUD
PELAWAK/PELAKON
Meskipun berjaya bangkit namun dia mengakui masih tidak mempunyai keyakinan untuk berkarya sebagai seorang penyanyi.
"Sifu yang memaksa dan memujuk saya. Saya pun berbincang dengan isteri juga, dia selalu memujuk saya untuk menyanyi semula.
"Kalau ikutkan sampai sekarang masih tiada kekuatan lagi, tapi kalau dapat sokongan ramai dalam seni suara ini Insya-Allah saya akan hiburkan sampai kiamat," jelasnya.
Joey harap karya baharunya diterima ramai.
Sementara itu, Joey memberitahu lagu Wamwamsam merupakan karya komedi pop rock eksperimental yang penuh warna, jenaka dan makna mendalam.
Lagu ini juga mengangkat tema wawasan dan pentingnya pendidikan sebagai akar kepada pembentukan diri dan masa depan.
"Di sebalik irama rancak dan lirik penuh sindirian dan sinikal, tersembunyi mesej kuat untuk semua lapisan masyarakat," kongsinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!