PELAKON dan penyanyi Izzue Islam teruja apabila akhirnya berjaya memiliki motosikal berkuasa tinggi idamannya iaitu Harley Davidson Street Glide.
Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 35, membeli motosikal tersebut melalui suami aktres Siti Elizad iaitu Shamsul Baharin Abdul Rahman.
Shamsul turut mengucapkan selamat datang ke dalam komuniti Harley Davidson kepada Izzue selepas berjaya memiliki motosikal idamannya itu.
Izzue bersama motor Harley Davidson dibelinya.
"Terima kasih kerana beli dan percaya dengan servis saya.
Selamat datang ke komuniti Harley Davidson!," katanya.
Elizad atau Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 41, berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram pada Isnin.
Dalam video tersebut memperlihatkan Izzue melakukan sesi 'unboxing' motosikal berkenaan yang diletakkan dalam sebuah kontena berwarna kuning.
ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman sehari berpuasa di Madinah, Izzue Islam pertama kali makan hati dan paru unta
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dikecam, Izzue Islam lebih banyak beli baju baharu… Isteri ajar simpan 70 peratus pendapatan
Keterujaan Izzue semakin terserlah apabila dia menunggang motosikal itu sendiri buat pertama kali selepas dibelinya.
Menerusi tinjauan dibuat mStar, harga motosikal Harley Davidson Street Glide dijual pada harga permulaan RM190,900.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah atas kejayaan Izzue kerana berjaya memiliki motosikal tersebut.
Malah ada berseloroh saiz motosikal berkenaan lebih besar berbanding pemiliknya.
Elizad tumpang gembira melihat kejayaan Izzue miliki motosikal Harley Davidson.
“Kalau tengok Izzue kecil molek orangnya! Motosikal pula lagi besar daripadanya. Apa-apa pun tahniah Izzue.
"Tahniah Izzue! Motor idaman kalbu saya ni.
"Wah terbaik Izzue! Nampaknya sudah mula terjebak dengan motosikal berkuasa tinggi.
"Alhamdulillah, harap saya juga dapat miliki motor macam Izzue suatu hari nanti," komen netizen.
Malah rakan-rakan artis seperti Sharnaaz Ahmad, Wak Doyok dan Azad Jasmin turut meninggalkan komen dan tanda suka pada hantaran tersebut.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!