PENYAMPAI radio Haniff Hamzah menarik nafas lega tidak mengalami sleep apnea (apnea tidur) selepas dikesan mengalami masalah berdengkur yang teruk.
Haniff, 40, berkata pemerikaan kesihatan dilakukan di sebuah pusat perbuatan hanya menunjukkan dia kurang mendapat tidur yang cukup.
"Keputusan sudah keluar dan saya berdebar adakah saya ada sleep apnea sehingga perlu pakai mesin CPAP (Continuous Positive Airway Pressure)?
Pemeriksaan yang dijalani Haniff untuk masalah dengkurannya.
"Tak perlu sebab Alhamdulillah saya okay. Saya mengalami apnea tidur yang sangat minimum dan tak perlu pembedahan atau memakai mesin. Semunya baik.
"Dengkuran teruk yang dialami disebabkan kurang tidur. Lapan jam rakaman (tidur) saya tetap berdengkur sebab kurang tidur,” katanya.
Haniff berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya sambil berkongsi foto memaparkan dia menjalani pemeriksaan terperinci untuk masalah tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Fasih berbahasa Inggeris, Haniff Hamzah tak pernah belajar di luar negara... ‘Speaking’ di rumah sejak kecil
ARTIKEL BERKAITAN: Trauma kegagalan rumah tangga dah berakhir, Haniff Hamzah akhirnya ‘move on’ selepas tiga tahun menduda
Menurut Haniff, untuk mengatasi masalah itu dia perlu mendapatkan gaya hidup sihat selain mendapatkan tidur yang cukup.
"Doktor kata saya kena buat 'kebersihan' tidur (sleep hygine). Bila saya berjaga saya kena jaga gaya hidup supaya dapat tidur cukup di malam hari," ujarnya.
Berkongsi mengenai ujian yang dilakukan itu, Haniff memberitahu dia bertemu dengan pakar telinga, hidung dan tekak untuk mengatasi masalah berdengkur selepas merasakan masalah itu membimbangkan.
Katanya, dia perlu memakai wayar di seluruh badannya untuk memeriksa otak dan degupan jantung.
Haniff berkongsi kesedaran orang ramai untuk jalani pemeriksaan sepertinya.
"Sebab saya berdengkur sehingga mengganggu ruangan tidur orang lain. Mak saya dekat luar buat kerja boleh dengar saya berdengkur dalam bilik.
"Jadi saya pergi periksa dan jumpa pakar. Dia periksa dan dia kata saya kena pergi tidur di hospital selama lapan jam untuk pemeriksaan.
“Dia wayarkan saya untuk periksa pergerakan otak, jantung dan semunya," kongsinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!