SUSULAN video tular memaparkan pelakon Beego dikhabarkan menyertai kumpulan tabligh, isterinya iaitu Linda Hashim berharap ia bukan hanya sekadar lakonan.
Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, sebaliknya mengingatkan suaminya itu menjalankan tanggungjawab termasuk dalam urusan memberi nafkah kepada anak-anak mereka.
“Tabligh tu dah betul dah, takut dia yang tak betul. Harap-harap istiqamah, jangan wayang (lakonan) sahaja.
Perkongsian Linda menerusi Instastory miliknya.
“Nafkah anak-anak, tanggungjawab pada anak-anak mana tak selesai lagi?” katanya.
Linda berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada malam Isnin.
Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, dipercayai mengikuti kumpulan tabligh untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
ARTIKEL BERKAITAN: Linda Hashim pernah buat 4 laporan polis, dikasari Beego sejak 2016... Buka cerita kalau suami manipulasi isu rumah tangga
ARTIKEL BERKAITAN: Beego bawa ibu wakil JKP, Linda Hashim buka ‘fail’ baru jika suami enggan cerai
Menerusi video di TikTok itu, Beego dilihat berada di jeti Pulau Perhentian, Terengganu sambil dadanya dipegang oleh seorang ustaz disertai dengan bacaan doa.
Video tersebut juga turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang sayu melihat wajah aktor berkenaan dikatakan kelihatan sedih dan hiba.
Pada awal Januari lalu, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman.
Linda memfailkan cerai terhadap Beego (kiri) pada Januari lalu.
Pada 27 Mac 2023, pasangan ini pernah bercerai dengan talak satu sebelum sepakat kembali rujuk pada 9 April 2023.
Linda bagaimanapun mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!