ADAB ketika bertandang ke rumah orang perlu sentiasa dijaga dengan menghormati tuan rumah serta memahami batas privasi, lebih-lebih lagi apabila melibatkan ruang peribadi.Seorang wanita berdepan situasi kurang menyenangkan apabila adik iparnya didakwa terlalu berlebihan dan mencampuri urusan rumahnya setiap kali datang berkunjung bersama keluarga mentua. Menurut wanita itu, adik iparnya bukan sahaja datang beramai-ramai, malah turut menentukan siapa yang layak tidur di bilik tidur utama.Biasanya tuan rumah akan menyediakan bilik kepada tetamu yang ingin bermalam. -Gambar hiasan AI“Adik ipar aku ni, setiap kali datang rumah, mesti beramai-ramai dengan mak ayah mentua dan yang lain. Dia paling berlebihan, sampai bilik aku pun dia nak tentukan siapa yang layak tidur di situ.“Apabila aku tegur dan cakap bilik itu privasi dengan suami, dia melenting. Katanya, aku tak sedar suami ada ramai adik perempuan yang belum berkahwin. Takkan nak suruh mereka tidur di luar.“Memang serabut. Apabila aku tetap tak benarkan, mulalah bergaduh besar. Rumah aku kot,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Stok telur sepapan, udang sotong licin dalam masa 4 hari... Akhirnya mentua buka mulut, ‘toyol kepala hitam’ punya angkara!ARTIKEL BERKAITAN: Macam rumah kebajikan! Wanita geram 10 tahun kakak ipar angkut 4 orang anak menumpang tanpa izin, sesen pun tak hulurTambah wanita itu, dia berharap keluarga mentua memahami keadaan rumahnya yang kecil dan menerima hakikat bahawa ruang tidur mungkin tidak mencukupi apabila ramai ahli keluarga datang berkunjung serentak.“Kalau dah tahu rumah aku kecil, apabila datang ramai-ramai, fahamlah yang bilik memang tak cukup. Nak tak nak, ada yang kena tidur di luar. Jagalah adab sikit, bilik suami isteri pun nak menumpang tidur,” ujarnya.Lebih mengecewakan, wanita itu mendakwa suaminya sendiri turut tidak bersetuju dengan tindakan adiknya, namun teguran daripada abang kandungnya itu seolah-olah tidak diendahkan.Adik ipar mahu tentukan siapa tidur bilik utamaWanita berang privasi suami isteri tidak dihormatiRumah kecil jadi punca pergaduhan keluarga mentuaKakak ipar dituduh jahat selepas tegur adik iparNetizen persoal adab bertandang ke rumah orangRingkasan ini dijana oleh AI"Apabila abang sendiri cakap, dia tutupkan telinga je. Tapi apabila kakak ipar dia ni yang cakap, terus nampak aku ni jahat tak bagi datang rumah," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang beranggapan adik ipar wanita tersebut biadab dan tidak menghormati tuan rumah."Tak belajar agama ke? Bilik kelamin tu privasi. Anak-anak pun tak boleh masuk sesuka hati, apatah lagi orang luar."Jangan normalisasikan pergi bermalam ke rumah orang. Orang pun ada urusan masing-masing," komen warga maya.