suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Stok telur sepapan, udang sotong licin dalam masa 4 hari... Akhirnya mentua buka mulut, ‘toyol kepala hitam’ punya angkara!

Konflik antara menantu dan keluarga mentua sering berlaku disebabkan komunikasi yang tidak selari. -Gambar hiasan AI

TERASA hati merupakan lumrah dalam kehidupan berumah tangga, apatah lagi jika sesuatu isu itu melibatkan hubungan antara menantu dengan keluarga mentua.

Seorang wanita tampil meluahkan rasa terkilan apabila pelbagai barangan dapur yang dibelinya setiap kali pulang ke rumah mentua sering lesap dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Menurut wanita itu, ibu bapa mentuanya hanya tinggal berdua dan jarang memasak di rumah, namun dia tetap mengambil inisiatif membeli pelbagai barangan dapur untuk kegunaan bersama.

Ada segelintir keluarga mentua mengambil kesempatan terhadap menantu. -Gambar hiasan AI

Ada segelintir keluarga mentua mengambil kesempatan terhadap menantu. -Gambar hiasan AI

"Setiap kali balik rumah mentua saya akan beli barang dapur. Saya pula setiap kali balik tak tahu nak masak apa, jadi memang akan beli banyak.

"Antaranya saya beli telur satu papan, bawang, ayam, udang, sotong, gula, garam, Milo, Nescafe dan Nestum," katanya berkongsi cerita.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas cerai susahkan orang! Wanita luah rasa jijik dengan perangai kakak ipar, ada pendapatan tapi kikis duit adik sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Macam rumah kebajikan! Wanita geram 10 tahun kakak ipar angkut 4 orang anak menumpang tanpa izin, sesen pun tak hulur

Bagaimanapun, dia mula menyedari barangan berkenaan sering kehabisan dalam waktu singkat sedangkan jumlah yang ditinggalkannya masih banyak.

"Lepas tu saya perasan tak sempat tiga, empat hari dah habis. Lagi-lagi masa saya nak guna. Dah banyak kali jadi macam ni," luahnya lagi.

Wanita berkenaan akhirnya mengambil keputusan bertanya kepada ibu mentuanya mengenai barangan dapur yang didapati semakin berkurangan.

“Apabila saya tanya mak mentua, dia cakap kakak ipar saya yang ambil dan bawa balik,” katanya.

  • Wanita terkilan apabila barang dapur yang dibeli setiap kali pulang ke rumah mentua sering habis.
  • Pelbagai barangan termasuk ayam, udang, telur dan minuman dibeli untuk kegunaan bersama.
  • Ibu mentua memaklumkan kakak ipar mengambil barangan dapur itu untuk dibawa pulang.
  • Wanita mempersoalkan sama ada wajar dia berasa marah dengan situasi tersebut.
  • Netizen menyarankan wanita itu membeli barangan dapur sekadar mencukupi untuk kegunaannya.

Situasi tersebut membuatkan wanita berkenaan buntu dan tertanya-tanya sama ada wajar atau tidak untuk dia berasa marah, memandangkan semua barangan itu dibeli menggunakan duitnya sendiri untuk kegunaan ketika berada di sana.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpendapat emosi wanita berkenaan adalah amat wajar kerana sikap penting diri kakak iparnya.

"Memang patut marah pun, cuma lepas ni kena beringat jangan beli banyak-banyak lagi.

"Nak beli tu tak salah, tapi beli cukup-cukup waktu awak balik rumah tu je," komen warga maya.

Artikel Lain