PELAKON Ashraf Muslim selamat menimang cahaya mata kelima yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.
Ashraf, 44, turut memaklumkan dia memberi nama Ali Ashraf kepada bayi lelakinya itu.
“Assalmualaikum semua... Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT. Keluarga AM (Ashraf Muslim) makin bertambah ahlinya.
Ashraf bersama isterinya Noor Dayana (kiri) dan Wan Sakinah.
“Selamat datang ke dunia, wahai anakku Ali Ashraf Bin Mohd Ashraf. Lahirnya pada 10 Mei 2025, pukul 2.57 pagi,” katanya.
Ashraf berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya.
Bagaimanapun pelakon itu tidak menyatakan sama ada bayi berkenaan milik isteri pertama atau keduanya.
Sebalinya, Ashraf menyifatkan kehadiran anak lelakinya itu sebagai membawa sejuta kesyukuran dan selaut harapan buat mereka sekeluarga.
ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 2 minggu tahan sakit akibat ditendang kuda, akhirnya Ashraf Muslim selamat jalani pembedahan
ARTIKEL BERKAITAN: Bahu kiri cedera, Ashraf Muslim kena tendang dengan kuda sendiri
Besar harapannya agar Ali menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan hati buat merka sekeluarga.
“Membesarlah dengan iman, akhlak yang terpuji dan keberanian. Terima kasih Allah atas segala-galanya,” katanya.
Untuk rekod, Ashraf melangsungkan perkahwinan dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 September 2011 di Tanah Suci Makkah.
Ashraf mempunyai empat cahaya mata.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Anas Ashraf yang kini berusia 10 tahun.
Ashraf kemudiannya berkahwin pula dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013 di Thailand.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 11, Adam Ashraf, 10 dan Safiyyah Ashraf, 7 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!