suria

Toyota Alphard ganti jual Honda Jazz, nombor plat kereta baharu Saharul Ridzwan jadi perhatian

Saharul tunai janji belikan kereta baharu buat isteri.

BENARLAH rezeki tak pernah salah alamat.

Itu yang berlaku kepada pelakon Saharul Ridzwan apabila diberi rezeki membeli sebuah kenderaan baharu jenis Toyota Alphard demi keselesaan bersama keluarga.

Saharul atau Muhammad Saharul Ridzwan Hashim, 36, membeli kenderaan tersebut selepas bertindak menjual hadiah ulang tahun perkahwinan kepada isteri iaitu kereta jenis Honda Jazz.

Kata Saharul, dia bersyukur dapat membeli kenderaan tesebut yang lebih besar dan selesa untuk kegunaan bersama isteri dan tiga anak mereka.

Anak-anak dan isteri teruja lihat kenderaan baru untuk keluarga.

Anak-anak dan isteri teruja lihat kenderaan baru untuk keluarga.

“Alhamdulillah, Allah bagi rezeki untuk anak-anak.

“Terima kasih juga kepada Ali (jurujual) yang memudahkan urusan pembelian,” katanya.

Saharul berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok.

Menerusi video itu dapat dilihat dia bersama tiga anak dan isterinya, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir datang ke bilik pameran kereta untuk mengambil kenderaan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Saharul Ridzwan mohon maaf kepada isteri, jual kereta Honda Jazz hadiah sempena ulang tahun perkahwinan

ARTIKEL BERKAITAN: Mercedes Benz milik Saharul Ridzwan sudah ada pembeli... Lelaki letak deposit lepas 10 minit kongsi video, ada wanita terjah pejabat mahu beli ‘cash’

Malah anak-anak dan isterinya terlihat teruja apabila melihat kereta tersebut buat kali pertama.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai yang rata-rata memuji Saharul kerana bijak mengatur kewangan keluarganya.

Ramai juga percaya, tindakan Saharul menjual kereta milik isterinya sebelum ini bukan disebabkan mengalami masalah kewangan sebaliknya mahu menggantikan dengan kenderaan lebih baik.

“Masa dia jual kereta isterinya ramai komen cakap dia sudah tiada duit, gadai hadiah isteri.

Antara komen yang memuji tindakan Saharul.

“Hakikatnya dia saja tahu apa terbaik untuk dia dan keluarga.

“Jual kereta banyak-banyak, lepas itu beli satu kereta yang boleh naik ramai macam Alphard. Memang berbaloi,” ujarnya.

Sementara itu, selain kenderaan tersebut mencuri perhatian, netizen turut terkejut dengan nombor plat kereta tersebut.

Ramai percaya nombor plat tersebut mencecah puluhan ribu ringgit dan mempunyai maksud tertentu.

Saharul jual kereta Honda Jazz milik isteri.

Saharul jual kereta Honda Jazz milik isteri.

Pada 19 Mei lalu, Saharul memohon maaf kepada isterinya kerana bertindak menjual kereta Honda Jazz dan berjanji akan menggantikan dengan yang baharu.

Sebelum ini, Saharul pernah menjual aset-aset peribadi lain seperti kereta jenis Mercedes Benz dan sebuah kondominum di Cyberjaya pada tahun lalu.

Untuk rekod, Saharul dan Deena mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 8, Fateema Azzahra, 5, dan Khadijah Alkubraa yang kini berusia 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain