Emas yang disimpan boleh membantu ketika memerlukan wang untuk urusan kecemasan, perbelanjaan keluarga atau keperluan harian. -Gambar hiasan AI
KASIH sayang terhadap ahli keluarga adakalanya membuatkan seseorang sanggup berkorban biarpun terpaksa menggadaikan barang kemas sendiri.Namun, siapa sangka pertolongan dihulurkan dibalas dengan pengkhianatan apabila wang yang dipinjam bukan sahaja tidak dilunaskan, malah individu terbabit turut menghilangkan diri. Demikian luahan seorang wanita mengenai kisah sepupunya yang didakwa masih belum melunaskan hutang berjumlah RM3,000 kepada arwah ibunya biarpun sudah lebih sedekad berlalu. "Kisah 16 tahun lepas. Sepupu aku minta pinjam duit arwah mak, RM3,000. Tapi mak cakap tak ada wang tunai, jadi dia minta mak gadai gelang.Mereka yang berhutang wajib melunaskan bayaran mengikut tempoh yang telah dijanjikan. -Gambar hiasan AI"Mak aku tak sampai hati sebab dia sayang anak buah dia, dia gadaikan," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.Menurut wanita tersebut, ketika itu sepupunya memberi jaminan akan menebus kembali gelang milik ibunya dalam tempoh enam bulan, namun janji sekadar janji."Tapi sampai sudah orang itu tak tebus balik. Dua tahun kemudian mak aku meninggal, sepupu aku sampai sudah menghilang. Mak aku meninggal pun dia tak datang ziarah," ceritanya.Bukan tidak pernah berusaha untuk menuntut kembali hutang bagi pihak arwah ibunya, namun wanita itu berkata sepupunya menghilangkan diri sehingga mereka terputus jejak. ARTIKEL BERKAITAN: Lagi tiga bulan naik pelamin, wanita baru tahu hutang tunang bertimbun! Ada hati nak buat ‘personal loan’ untuk kenduriARTIKEL BERKAITAN: Penyewa hutang sewa lima bulan, siap ejek tuan rumah! Pemilik pilih ‘lepaskan’ di dunia, tapi tak halalkan perbuatannya"Tak tahu nak cari dekat mana. Dah menghilang orangnya. Masa mak hidup pun dia dah lari tak angkat call semua dah."Hutang tetap hutang kan korang? Aku saksi kejadian, aku kena terlibat dekat padang masyar nanti ke?" kongsinya lagi sambil meminta pandangan warga maya.Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib arwah ibu wanita berkenaan, namun ada menyarankan supaya dia terus berusaha mengesan sepupunya bagi menuntut semula hak arwah ibunya."Buat solat hajat, niat dalam hati, baca qunut nazilah.Seorang wanita berkongsi kisah sepupunya yang didakwa masih berhutang RM3,000 dengan arwah ibunya sejak 16 tahun lalu.Ibunya sanggup menggadaikan gelang demi membantu sepupunya yang berjanji menebusnya dalam tempoh enam bulan.Namun, sepupunya gagal menunaikan janji dan terus menghilangkan diri hingga ibunya meninggal dunia.Dia gagal mengesan sepupunya sehingga kini.Netizen menasihatinya supaya terus menuntut hak arwah.Ringkasan ini dijana oleh AI"Roh orang berhutang akan tergantung. Nabi Muhammad pun tak solatkan orang yang berhutang dan tak membayarnya," komen netizen.Memetik laman Mufti Wilayah Persekutuan, kewajipan membayar hutang dijelaskan menerusi beberapa sabda Rasulullah."Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, roh orang yang beriman itu tergantung (ditangguhkan hisab amalannya) disebabkan hutang, sehingga dibayarkan untuknya hutang tersebut."Seseorang itu dibenarkan untuk mengambil semula harta yang diyakini menjadi miliknya yang dipinjam oleh orang lain, atau yang dirampas tanpa keredaannya, namun disyaratkan supaya dia tidak mengambil melebihi kadar haknya," menurutnya.