Isu kewangan dan perbelanjaan serta komitmen bulanan perlu dijelaskan kepada pasangan sebelum berkahwin. -Gambar hiasan AI
BAKAL mendirikan rumah tangga dalam tempoh tiga bulan, seorang wanita berdepan dilema sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau sebaliknya, selepas mengetahui tunangnya menanggung hutang yang banyak.Lebih mengejutkan, lelaki itu didakwa mempunyai dua pinjaman kereta berjumlah kira-kira RM230,000, selain hutang kad kredit dan pembiayaan lain sebanyak RM52,000. Meluahkan kebimbangan, ujar wanita ini, tunangnya juga merancang membuat pinjaman peribadi bagi menyatukan semua hutang tersebut, manakala wang lebihan akan digunakan untuk membiayai majlis perkahwinan mereka."Rasa macam kena tipu sebab masa mula-mula kenal, masing-masing dah jujur tentang berapa hutang tapi rupanya dia tipu.Lelaki yang bersungguh mahu mendirikan rumah tangga akan menunjukkan usaha yang tinggi. -Gambar hiasan AI"Duit hantaran pun belum cukup, dia kata dah kumpul RM4,000 tapi sebenarnya baru RM500," luahnya di Threads.Mengakui buntu dengan situasi kewangan tersebut, dia bagaimanapun menjelaskan tunangnya telah melangsaikan semua deposit untuk majlis kahwin mereka. Malah, lelaki berkenaan juga sudah menyediakan kediaman untuk diduduki mereka selepas berkahwin."Cuma masalah hutang dia ini, aku tak tahu langsung dan kantoi pun sebab Allah nak tunjuk.Seorang wanita berdepan dilema untuk meneruskan perkahwinan selepas mengetahui tunangnya menanggung hutang yang banyak.Lelaki itu didakwa mempunyai dua pinjaman kereta berjumlah kira-kira RM230,000 serta hutang kad kredit dan pembiayaan lain sebanyak RM52,000.Tunangnya merancang mengambil pinjaman peribadi untuk menyatukan semua hutang, manakala wang lebihan mahu digunakan bagi membiayai majlis perkahwinan.Walaupun membawa pulang pendapatan bersih antara RM6,600 hingga RM7,000 termasuk hasil kerja sampingan, wang lelaki itu hanya cukup-cukup.Netizen menyarankan pasangan tersebut menangguhkan perkahwinan dan mendapatkan khidmat nasihat AKPK.Ringkasan ini dijana oleh AI"Memang aku tak tahu nak buat apa sekarang ini, nak bagi tahu ibu aku ke macam mana? Kepercayaan aku sudah rapuh dan tergugat," tambahnya yang berasa serba salah dengan tunangnya berikutan lelaki terbabit menunjukkan usaha untuk menikahinya.Mana tidaknya, individu tersebut sanggup melakukan kerja sampingan dan berjaya membawa pulang pendapatan bersih sekitar RM6,600 hingga RM7,000 sebulan."Aku memang nampak usaha dia. Dia tidak merokok dan Alhamdulillah, solat pun cukup."Tapi lepas buat kira-kira perbelanjaan bulanan dan sebagainya, duit itu memang cukup-cukup sahaja atau boleh menjadi negatif selepas membayar semua komitmen," jelasnya.ARTIKEL BERKAITAN: Bekas tunang melenting, tak mengaku hutang 10K... Siap baca doa Al-Jabbar konon diri dianiayaARTIKEL BERKAITAN: Pemuda dilema nak nikah, tunang kaki hutang tapi jenis liat bayar... Risau kena tanggung ‘loan’ isteri lepas kahwinPerkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya menyarankan dia supaya menangguhkan majlis terlebih dahulu.Namun tidak kurang juga yang meminta dia membawa tunang mendapatkan nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)."Bawa dia pergi AKPK dulu dan kemudian baru awak tahu terbeban atau tidak lepas buat pembiayaan semula pinjaman."Tak perlu terburu-buru nak putuskan, tangguhkan dulu sampai awak berdua tahu tentang arah kewangan dan jalan penyelesaian," demikian reaksi netizen.