Kelebihan utama menjadi anak tunggal ialah menerima perhatian penuh, kasih sayang yang tidak perlu dikongsi. -Gambar hiasan AI
MENJADI anak tunggal sering dianggap menyeronokkan kerana tidak perlu berkongsi perhatian dan kasih sayang ibu bapa dengan adik-beradik lain.Namun di sebalik keistimewaan itu, seorang anak berkongsi sisi lain kehidupannya yang jarang difikirkan orang lain, terutama apabila melihat kedua-dua ibu bapanya semakin dimamah usia. Menurut individu berkenaan, ketika kecil dia sememangnya menikmati banyak kelebihan sebagai anak tunggal termasuk tidak perlu berebut dengan adik-beradik lain."Orang selalu cakap seronok jadi anak tunggal. Semua dapat. Aku cuma senyum. Memang betul.Hargai masa bersama ibu bapa selagi mereka masih ada. -Gambar hiasan AI"Kalau ada ayam goreng dua ketul, dua-dua boleh jadi aku punya. Tak pernah berebut bilik, gaduh pasal alat kawalan televisyen atau pakai baju turun-temurun," katanya.Bagaimanapun, apabila semakin dewasa, dia mula menyedari perubahan pada kedua-dua ibu bapanya dengan rambut semakin putih dan mengulangi pertanyaan sama beberapa kali."Dulu kalau kami keluar, aku yang berjalan paling perlahan di belakang. Sekarang aku pula yang selalu berhenti tunggu mereka," katanya.Kesedaran mengenai realiti sebagai anak tunggal semakin dirasainya selepas bapanya tiba-tiba menitipkan pesanan ketika mereka bertiga sedang makan.ARTIKEL BERKAITAN: Ayah terdiam anak tergamak tolak RM50, rupanya ada maksud tersirat... Nota ‘duit jalan’ akhirnya rungkai jawapan!ARTIKEL BERKAITAN: Malu mak hantar, anak Tingkatan 3 mogok tak mahu belajar! Suruh beli YSuku kalau nak suruh sekolah"Nanti kalau ayah dengan mak dah tak ada, pandai-pandailah jaga diri," kata bapanya.Menurutnya, ketika itulah dia mula membayangkan kemungkinan suatu hari nanti meja makan yang biasanya mempunyai tiga pinggan hanya berbaki satu."Aku tak ada abang untuk telefon, kakak untuk dipeluk atau adik untuk aku tanya, kau rindu mak tak?"Semua kenangan tentang mak dan ayah akan tinggal dalam kepala aku seorang. Tak ada sesiapa yang boleh aku tanya kau ingat tak dulu ayah selalu buat macam ni?," katanya.Anak tunggal kongsi sisi kehidupan jarang diperkatakan.Sedar ibu bapanya semakin dimamah usia.Pesanan bapa membuatkannya sukar tidur.Bimbang tiada adik-beradik untuk berkongsi kehilangan.Kini lebih menghargai masa bersama ibu bapa.Ringkasan ini dijana oleh AISejak malam tersebut, dia mula mengubah caranya menghargai masa bersama kedua-dua insan tersayang itu.Jika ibunya mengulangi cerita sama, dia memilih untuk terus mendengar, manakala setiap kali bapanya mengajak keluar membeli barang, dia cuba meluangkan masa untuk menemani."Aku mula faham, menjadi anak tunggal bukan tentang memiliki kasih sayang mak dan ayah seorang diri."Ia juga bermaksud suatu hari nanti, aku mungkin perlu memikul seluruh kehilangan itu seorang diri," luahnya.