Segelintir individu mengambil peluang untuk tidur di dalam pengangkutan awam kerana keletihan. -Gambar hiasan AI
PENGANGKUTAN awam sering dijadikan 'port' terbaik untuk golongan pekerja menggantikan semula waktu rehat mereka kerana perlu melalui perjalanan jauh ke tempat kerja.Mana tidaknya, keluar rumah seawal pagi dan perlu bertukar tren setiap hari, pasti memenatkan. Namun, tidur ketika dibangku dalam pengangkutan awam membuatkan mereka diselubungi perasaan bimbang jika tingkah laku itu dianggap tidak prihatin sekiranya ada penumpang lebih memerlukan tempat duduk tersebut.Begitulah yang dirasai seorang individu ini setiap kali dia menggunakan tren untuk ke tempat kerja.Pengangkutan awam menjadi pilihan utama kebanyakan masyarakat masa kini. -Gambar hiasan AI"Saya bergerak dari MRT Sungai Buloh hingga ke MRT UPM (Universiti Putra Malaysia) untuk pergi kerja, hampir satu jam perjalanan."Keluar rumah sekitar pukul 6 pagi sebab kena kejar kereta api dulu kemudian sambung MRT dan dalam itulah biasanya saya tidur," luahnya di Threads.Menurut wanita ini, kadang kala dia menyedari terdapat warga emas atau wanita hamil dan penumpang lain lebih memerlukan tempat duduk berdiri di hadapannya.Namun katanya, dia tidak berdaya memberikan tempat duduk tersebut kerana terlalu letih.Seorang individu mengaku sering tertidur dalam MRT ketika dalam perjalanan hampir sejam dari stesen Sungai Buloh ke UPM untuk bekerja.Dia keluar rumah sekitar pukul 6 pagi dan perlu menaiki kereta api lain sebelum menyambung perjalanan dengan MRT.Dia bimbang dianggap tidak prihatin apabila warga emas, wanita hamil atau penumpang lain yang memerlukan tempat duduk berdiri di hadapannya.Menurutnya, dia tidak berniat mengabaikan mereka, sebaliknya terlalu penat dan menggunakan masa dalam MRT untuk berehat sebelum tiba di tempat kerja.Rata-rata warga maya memahami keadaannya dan berpendapat dia boleh tidur selagi tidak menduduki tempat duduk khas.Ringkasan ini dijana oleh AIKeadaan itu membuatkan dia risau penumpang lain memandang serong dan menyangka dia sengaja tidak mengendahkan golongan berkenaan."Sejujurnya, bukan sebab saya tak nak beri tempat duduk atau tak kisah. Saya memang penat dan sejam itu mungkin satu-satunya masa saya dapat berehat sebelum sampai ke tempat kerja," jelasnya sayu.Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya beranggapan tindakannya tidak salah selagi tidak duduk di kerusi yang dikhaskan.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda letih, tak tahan hadap trafik sesak setiap hari! Demi kesihatan mental rela resign, balik kampung berniaga depan rumahARTIKEL BERKAITAN: Diarah pindah ke tempat kerja jauh dari rumah, wanita terpaksa resign! Sedar bos guna cara ‘halus’ buang staf"Boleh je tidur, janji bukan tempat duduk yang dikhaskan, sebagai orang kelainan upaya, saya selalu fikir banyak kali nak kejut orang yang tidur di tempat duduk khas."Saya pun kalau masuk MRT memang terus tertidur sebab penat betul perjalanan jauh setiap hari."Orang yang selalu guna pengangkutan awam ini memang tak akan complaint kalau ada orang tidur, sebab tahu penatnya," demikian reaksi netizen.