suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta asyik ‘sakit’... Doktor terfikir tentang keberkatan, percaya kifarah desak SA bagi macam-macam ‘free gift’

Ramai yang mahukan barang percuma ketika membeli kenderaan baharu. -Gambar hiasan AI

DIGELAR antara kenderaan lasak, namun sebuah Toyota Hilux milik seorang doktor kerap 'sakit' sehingga membuatkan dia tertanya-tanya mengenai keberkatan urusan pembelian kereta tersebut. 

Kejadian yang berlaku itu dikongsikan seorang lelaki dikenali sebagai Syafiq selepas berbual dengan doktor tersebut yang juga kliennya ketika baru membeli sebuah kenderaan baharu.

Dia yang juga penasihat jualan (SA) turut menceritakan, kliennya pernah memiliki beberapa kenderaan termasuk BMW 5 Series, namun hanya Hilux tersebut kerap ditimpa pelbagai kejadian tidak diingini.

"Dalam banyak-banyak kereta dia, Hilux yang selalu jadi masalah. Sedangkan Hilux ini dah tahap kereta kebal, apa sahaja ujian datang memang boleh dihadap.

"Bukan masalah disebabkan kerosakan mekanikal, tetapi selalu sahaja ada perkara yang tak kena," kongsinya di Threads.

Seorang penasihat jualan perlu mengetahui perihal kenderaan yang dipromosikan. -Gambar hiasan AI

Seorang penasihat jualan perlu mengetahui perihal kenderaan yang dipromosikan. -Gambar hiasan AI

Menurutnya, antara kejadian dialami adalah tayar baharu yang digunakan selama tiga bulan terkena skru di bahagian yang tidak boleh ditampal sehingga terpaksa diganti.

Tidak hanya itu, lampu belakang kereta itu juga pernah pecah selepas dilanggar, manakala bahagian badannya tercalar akibat bergesel dengan lori sampah ketika diletakkan di kawasan parkir.

"Lepas itu terkena batu dari lori ketika di lebuh raya sampai cermin retak. Banyak lagi ujian  dia kena.

"Tiga bulan lalu, dia hampir kemalangan ketika mengambil selekoh di jalan yang selalu dilalui, sedangkan perkara itu tidak pernah terjadi sebelum ini," ujarnya lagi.

  • Sebuah Toyota Hilux milik seorang doktor kerap ditimpa kejadian tidak diingini sehingga membuatkannya tertanya-tanya mengenai keberkatan urusan pembelian.
  • Antara kejadian dialami ialah tayar terkena skru, lampu belakang pecah, badan kereta tercalar, cermin retak dan hampir terbabit kemalangan.
  • Penasihat jualan berkata, masalah tersebut tidak berpunca daripada kerosakan mekanikal dan kenderaan lain milik doktor itu tidak mengalami nasib serupa.
  • Selepas bermuhasabah, doktor berkenaan teringat pernah mendesak penasihat jualan terdahulu supaya memberikan pelbagai hadiah percuma ketika membeli Hilux tersebut.
  • Dia kemudian menghubungi penasihat jualan itu untuk memohon maaf dan meminta segala pemberian dihalalkan.

Selepas bermuhasabah, doktor terbabit teringat kembali tindakannya ketika membeli kenderaan pacuan empat roda berkenaan apabila dia dikatakan terlalu mendesak SA supaya memberikan pelbagai hadiah percuma.

"Dia cakap yang masa itu dia macam menekan SA untuk bagi hadiah percuma sampai SA tersebut terpaksa beri untuk menutup jualan.

"Doktor itu beritahu saya, dia pun rasa serba salah dan cuba hubungi SA berkenaan semula untuk selesaikan perkara tersebut," katanya.

Doktor berkenaan kemudian memohon maaf serta meminta supaya segala pemberian itu dihalalkan, malah sanggup menggantikannya sekiranya diminta.

ARTIKEL BERKAITAN: “Diam-diam kau curi duit!” - Pelanggan teraniaya bersuara, jurujual kedai pakaian genapkan 5 sen tanpa kebenaran

ARTIKEL BERKAITAN: Masa beli tak cerita, tiba-tiba suruh bayar... Pemuda stres ibu bapa pandai hutang ‘pay later’ sampai RM900, kakak pun lepas tangan!

Bagaimanapun, SA tersebut memaklumkan bahawa dia reda dan menghalalkan segala pemberian berkenaan.

Susulan pengalaman tersebut, lelaki itu menasihati orang ramai agar memastikan setiap urusan jual beli dilakukan dengan persetujuan serta keredaan kedua-dua pihak.

Kisah yang dikongsikannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya turut menyedari isu keberkatan dalam urusan jual beli.

"Sama juga dengan kerja kita yang makan gaji, kerja tak ikhlas atau ambil hak orang lain... nanti anak sentiasa sakit dan duit tak pernah cukup.

"Pelanggan saya bulan lepas minta tinted mahal, memaksa-maksa sedangkan komisen tak adalah besar mana, baru seminggu pakai dah kena langgar lembu," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain