suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masa beli tak cerita, tiba-tiba suruh bayar... Pemuda stres ibu bapa pandai hutang ‘pay later’ sampai RM900, kakak pun lepas tangan!

Tabiat segelintir ibu bapa yang gemar berbelanja ada kalanya membebankan anak. -Gambar hiasan AI (kiri)

BERBAKTI kepada ibu bapa dengan menghulurkan wang belanja mengikut kemampuan sememangnya menjadi antara cara terbaik untuk seorang anak membalas jasa insan yang membesarkan kita.

Namun, ibu bapa juga wajar mengambil kira kemampuan kewangan anak agar bantuan yang dihulurkan tidak bertukar menjadi satu beban.

Hakikatnya, setiap anak juga mempunyai komitmen dan perancangan kewangan sendiri yang perlu diuruskan.

Ramai warga emas terjerat hutang kerana tidak memahami risiko komitmen kewangan yang diambil. -Gambar hiasan AI

Di Threads, seorang lelaki berkongsi situasi yang membuatkan dia berasa serba salah apabila ibu bapanya meminta bantuan untuk membayar komitmen kewangan yang tidak dimaklumkan lebih awal. 

"Apa pendapat anda semua kalau kita dah bagi duit belanja dekat parents, tiba-tiba parents minta bayarkan (hutang) BNPL (Beli Sekarang Bayar Kemudian) untuk bulan tu lebih RM900?

"Masa beli tak inform tapi tiba-tiba minta bayarkan. Terus lari bajet bulan tu," luahnya dengan nada kecewa.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak kena temberang! Mak ayah rayu buat ‘personal loan’ nak langsai hutang, rupanya mahu biaya kenduri adik

ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia ayah banyak buat ‘loan’ terbongkar, siap jadi penjamin kawan! Anak baru sambung belajar risau warisi hutang

Bukan itu sahaja, keadaan menjadi lebih rumit apabila dia cuba mendapatkan pandangan daripada kakaknya sendiri.

Jawapan yang diterima ternyata menggores hati dan membuatkan dia merasa seolah-olah beban menjaga orang tua diletakkan di atas bahunya seorang diri.

"Apabila tanya (pendapat) kakak, dia cakap memang tanggungjawab anak lelaki untuk spent atau bertanggungjawab ke atas parents.

"Tak tahulah, tapi ini macam tak adil untuk saya," kongsinya lagi.

Bukan mahu mengabaikan tanggungjawab sebagai anak, lelaki itu sebaliknya tertanya-tanya sama ada teguran terhadap ibu bapa mengenai soal perbelanjaan wajar dianggap sebagai satu kesalahan.

  • Seorang lelaki terkilan apabila ibu bapanya meminta bantuan membayar komitmen kewangan tanpa memaklumkan lebih awal.
  • Ibu bapanya minta bayarkan paylater lebih RM900 menyebabkan bajet bulanannya terjejas.
  • Lelaki itu kecewa apabila kakaknya menganggap tanggungjawab tersebut perlu dipikul kerana dia anak lelaki.
  • Dia mempersoalkan sama ada salah menasihati ibu bapa supaya kawal perbelanjaan.
  • Netizen berpendapat anak perlu membantu ibu bapa mengikut kemampuan dan tidak membebankan diri.

"Salah ke kalau kita nak nasihat parents untuk kawal sikit perbelanjaan?" luahnya lagi. 

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya berpendapat tanggungjawab membantu ibu bapa sememangnya perlu dilaksanakan, namun ia haruslah mengikut kemampuan dan tidak membebankan diri.

"Bagi setakat mampu, pandai-pandailah parents awak selesaikan.

"Buat baik dekat parents bukan sampai memudaratkan diri sendiri," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain