suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sejak kahwin tak pernah basuh pinggan... Kisah bapa 70 tahun layan isteri macam hamba undang kemarahan ramai

Perkahwinan yang bertahan lama belum tentu bahagia. -Gambar hiasan AI

STATUS sebagai suami bukanlah lesen mutlak untuk seorang lelaki melayan isterinya sesuka hati, apatah lagi memperlakukan pasangan hidup seperti hamba suruhan.

Namun, menurut seorang gadis, begitulah realiti pahit yang terpaksa ditelan ibunya sepanjang bergelar isteri.

"Bapa aku ambil gelaran 'raja sehari' masa dia kahwin dulu sampailah sekarang. Dibawanya sampai tua jadi raja.

Segelintir lelaki gagal membuang sikap panas baran walaupun sudah menginjak ke usia tua. -Gambar hiasan AI

"Umur 70 tahun tapi tak pernah basuh pinggan. Lepas makan dia tinggal je atas meja. Mak aku ni seumur hidup dia jadi hamba abdi ayah.

"Semua benda ayah aku nak baran dan marah. Dia suka mengarah mak," luahnya menerusi satu hantaran di Threads.

Menurut gadis itu lagi, bapanya juga seorang yang sangat berkira dan kedekut dengan isteri sendiri, namun entah mengapa begitu pemurah dan sanggup berhabis demi membantu rakan-rakan jika mereka kesempitan wang.

  • Gadis kongsi cerita tentang bapanya yang masih tak berubah walaupun sudah tua.
  • Dia mendakwa bapanya panas baran, kedekut dan melayan isteri seperti hamba.
  • Gadis itu sedih melihat ibunya dilayan seperti hamba sepanjang perkahwinannya.
  • Ramai netizen mendoakan ibu gadis itu dikurniakan ganjaran syurga tertinggi.

"Seumur hidup baju raya pun ayah aku tak pernah bagi. Dia berkira dengan isteri. Tapi kalau dengan kawan, laju je dia tolong," luahnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap gadis itu kerana terpaksa membesar dalam persekitaran toksik dengan bapa yang zalim.

Malah, netizen turut menitipkan doa agar ibunya dikurniakan ganjaran tertinggi atas kesabarannya mengabdikan diri buat suami serta keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup pandu dari Sungai Buloh ke Taiping hantar anak lelaki ‘first date’, akui garang tapi si ayah ada sebab tersendiri - “Remaja kalau kena cara senang dibentuk”

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu ayah garang teramat, kini bukan main penyayang... anak pelik apa rahsia cucu ‘lembutkan’ datuknya

"Isteri adalah ladang pahala untuk suami. Rugi dia sia-siakan peluang. Syurgalah tempat ibu awak.

"Cerita kita lebih kurang sama. Abah layan mak macam hamba. Setianya mak walaupun abah kahwin seorang lagi.

"Tak mahu doa yang buruk-buruk untuk ayah kamu. Tapi saya doakan mak kamu dikurniakan syurga paling tinggi," tulis netizen.

Artikel Lain