suria

Sanggup pandu dari Sungai Buloh ke Taiping hantar anak lelaki ‘first date’, akui garang tapi si ayah ada sebab tersendiri - “Remaja kalau kena cara senang dibentuk”

Mohd Jasni berkongsi video ketika dia menghantar anak lelakinya berjanji temu dengan rakan di Taiping, Perak.

JIKA sesetengah orang tidak suka ibu bapa atau keluarga turut serta dalam pertemuan pertama dengan rakan istimewa, namun berlainan pula pendekatannya dengan keluarga ini.

Menerusi satu video yang tular di aplikasi TikTok, seorang bapa mempamerkan sikap yang begitu 'sporting' apabila sanggup memandu lebih daripada tiga jam demi menghantar sendiri anak lelakinya berjanji temu (first date) dengan rakan wanita yang baharu dikenali.

"Cinta antara benua," demikian kapsyen yang dimuat naik pada akaun TikTok si bapa, @remydamak yang sehingga kini meraih lebih daripada 70,000 jumlah tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kakak nak sangat ke jadi lelaki?” - Anak terkejut Ibu sporting bertukar garang hanya kerana foto selfie bermisai, selepas ‘disiasat’ rupa-rupanya bapa jadi ‘punca’

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih layan cucu rakam video, nenek sporting tak sedar rupa-rupanya kena prank... siap suruh rakam semula sebab tak pakai tudung elok-elok

Berkongsi cerita dengan mStar, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Jasni berkata dia mengambil keputusan demikian atas beberapa faktor terutamanya melibatkan keselamatan.

"Pada mulanya, anak lelaki saya yang berusia 18 tahun beritahu dia ada berkenalan dengan seorang budak perempuan menerusi media sosial. Bila kerajaan benarkan pergerakan rentas negeri, dia minta kebenaran saya untuk bertemu dengan rakannya itu di Taiping, Perak.

"Jauh sangat saya cakap. Mula-mula saya beritahu, tak perlu jumpa jauh-jauh... videocall pun boleh. Tapi dia minta kebenaran sebab inilah pertama kali nak berjumpa.

"Saya akhirnya minta tunggu hari saya cuti, kita pergi sama-sama... biar ayah hantar. Sambil tu boleh berkenalan.

"Bukan apa, kita sebagai ibu bapa tetap bimbang nak lepaskan anak pergi jauh walaupun dia tu anak lelaki. Bimbanglah kalau-kalau terjebak scammer. Lagi satu, orang yang dia nak jumpa tu anak gadis orang. Jadi biarlah ibu bapa ikut," kata lelaki berusia 44 tahun ini.

Menurut Mohd Jasni, sebelum pertemuan itu berlangsung pada Ahad minggu lalu, ibu bapa kepada rakan anaknya itu juga sudah mengetahui mengenai perkenalan berkenaan.

dating 1

Perkenalan dua remaja ini bermula di media sosial.

"Mak ayah girl tu pun dah tahu, malah dah pernah bersembang dengan anak saya. Saya lega kerana mengetahui anak saya bukan pandai-pandai nak berjumpa anak orang.

"Saya sendiri dah bercakap dengan ayah girl tersebut. Perkenalan kedua-duanya diketahui ibu bapa masing-masing," kata bapa kepada enam orang anak ini.

Bercerita mengenai penerimaan anak lelakinya apabila ditemani oleh keluarga ketika 'first date', Mohd Jasni berkata remaja itu gembira kerana setidak-tidaknya pertemuan mereka di bawah pengawasan ibu bapa.

Saya sendiri dah bercakap dengan ayah girl tersebut. Perkenalan kedua-duanya diketahui ibu bapa masing-masing.

MOHD JASNI

BAPA

"Dia seronok saya hantar. Kalau nak tahu, saya seorang bapa garang dan tegas. Pendekatan ini membuatkan anak-anak hormat dan mendengar cakap.

"Cuba bayangkan kalau dia curi-curi keluar? Macam mana kalau ada benda tak elok berlaku... lagi bermasalah. Biarpun memandu jauh, tapi rasa lega dan puas. Sambil-sambil tu kiranya macam jalan-jalan keluarga juga," katanya sambil menambah, isteri dan tiga lagi anaknya turut serta ketika kunjungan ke Taiping, minggu lalu itu.

Sekadar merakam video untuk menyimpan memori bersama keluarga, Mohd Jasni berkata dia sama sekali tidak mempunyai niat lain apatah lagi menjangkakan ia akan tular.

"Dalam lingkungan umur macam ni, saya suka merakam video untuk momen bersama keluarga. Namun tak tahu dan tak menyangka ia akan menjadi tular.

dating 2

Bagi Mohd Jasni, keselamatan anaknya adalah perkara pertama yang dititikberatkan sehingga membuatkan dirinya sukarela menghantar remaja berkenaan.

"Saya tahu di sebalik komen positif, ada juga yang macam negatif. Namun saya bersangka baik. Saya hanya buat apa yang boleh bahagiakan famili saya.

"Selagi mana ia tidak melanggar hukum agama. Bagi saya, setiap orang ada pandangan masing-masing. Cuma satu perkara kena tahu, remaja ni kalau kita santuni dia, kena caranya... maka senang dibentuk.

"Anak remaja ni tengah membesar. Jangan marah, sebaliknya nasihatkannya. Kita kena santuni mereka. Buat macam kawan, so mereka akan open dan senang bercerita apa jua perkara dengan kita," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain