PELAKON Norish Karman tampil menjelaskan dakwaan yang tular kononnya dia menerima wang sehingga RM200,000 dalam satu aktiviti jualan secara siaran langsung bersama seorang usahawan.Menurut Norish atau Nor’Ashikin Karman, 52, sesi tersebut adalah sebahagian daripada kerja dan pendapatan yang diterima merupakan hasil jualan selepas beberapa potongan dibuat. Kata Norish, dakwaan bahawa dia menerima bayaran besar adalah tidak tepat."Pertama, kami buat siaran langsung itu sebagai bekerja, jadi bila kerja kami akan dapat gaji. Kami jual sebanyak mana dan bila dah buat beberapa potongan, barulah dapat bahagian kami.Norish dan Amanda (kanan) berkongsi cerita sebenar yang berlaku."Saya rasa usahawan itu bukan bodoh, takkanlah dia nak bagi saya RM200,000 macam itu saja. Kalau saya nak dapat hasil sebegitu, mungkin jualan yang perlu dibuat bernilai RM1 juta. Tak logik untuk kami yang menjual hanya dalam dua tiga jam itu saja."Jadi, kita tak dapat RM250,000 atau RM150,000. Kami tidak ada kereta mahal. Buat masa ini saya masih memandu kereta lama itu," katanya.Norish berkongsi perkara itu menerusi sebuah temu bual program audio siar Sembang Wanita yang dimuat naik di saluran YouTube.Dalam pada itu, Norish turut mengulas kontroversi berkaitan kenyataan anaknya sebelum ini yang menyatakan hasrat untuk menghadiahkan sebuah MPV bernilai kira-kira RM150,000 bagi kegunaan keluarga.ARTIKEL BERKAITAN: Anak cari duit bantu Norish Karman dan keluarga, tak pernah minta beli baju mahalARTIKEL BERKAITAN: Disuruh cari kerja, anak Norish Karman tegur netizen... “Itu bukan nasihat, itu kutuk”Jelas Norish, ia hanyalah impian peribadi untuk memperbaiki keselesaan hidup keluarga, khususnya berkaitan keperluan kenderaan yang lebih sesuai untuk kegunaan harian."Memang cita-cita nak ganti kereta. Kereta sekarang sangat sempit untuk anak-anak. Rasanya bukan saya seorang kerana semua ibu pastinya mahukan sesuatu yang lebih baik buat anak mereka."Saya juga seorang ibu yang normal, terutamanya buat masa ini yang kami perlu guna hari-hari adalah kenderaan."Orang suruh kami berniaga, takkan nak pergi menjual dengan kereta yang dah tak elok," ujarnya.Mengulas reaksi netizen, Norish menegaskan bahawa dia tidak terkesan dengan cubaan untuk menjatuhkan reputasinya.Norish menjawab kekeliruan yang berlaku melibatkan keluarganya."Orang semua cakap malukan Norish Karman, nak jatuhkan saya. Saya bukan ahli politik, saya tak nak menang kerusi. Jangan susah payah untuk jatuhkan saya ya."Saya hanya seorang ibu tunggal yang hanya nak pergi tengok wayang, makan popcorn," katanya.Pada awal April lalu, kisah Norish berdepan masalah kesihatan mendapat perhatian ramai selepas anaknya, Amanda, berkongsi perkara tersebut di media sosial bagi meminta dana untuk menampung kos rawatan perubatan ibunya.Malah, kisah mereka turut menarik perhatian usahawan sensasi Aliff Syukri yang kemudian menjemputnya mengadakan sesi siaran langsung jualan produk untuk menjana pendapatan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!