suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syifa Melvin selar dakwaan bukan menantu pilihan, hubungan rapat sebelum kahwin... “Siap pergi umrah sama”

Syifa tidak berdiam apabila timbul fitnah melibatkan keluarga.

PELAKON Syifa Melvin tampil menjawab tuduhan menerusi satu hantaran di Threads yang mendakwa dia bukan calon menantu pilihan.

Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirol, 32, dengan tegas meminta individu berkenaan supaya menjaga tutur kata dan tidak mudah menyebarkan fitnah.

"Jaga sikit mulut, kejap lagi makan cili. Aku baru sudah makan nasi dengan mak mentua.

Syifa membalas kenyataan di Threads. 

"Esok datang rumah mak mentua, aku buat nasi dagang. Ada cili lebih, aku nak cili mulut kau," balasnya menerusi satu hantaran di Threads.

Syifa juga menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan ibu mentuanya dan hubungan mereka baik sebelum dia bergelar isteri kepada pemain bola sepak pasukan Kuala Lumpur City FC, Safawi Rasid.

Biarpun begitu, pelakon ini mengambil pendekatan untuk memaafkan kenyataan yang dianggap fitnah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin selamat timang anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh sorok dah, Syifa Melvin hamil anak kedua

"Dua dah anak pun masih menyalak tak habis lagi, walhal aku punyalah baik dengan mak mentua. Sebelum kahwin pun pergi umrah sama.

"Sembang kencang pokok boleh tumbang. Aku maafkan kau sebab fitnah. Dekat Padang Mahsyar tegurlah kalau selisih," ujarnya.

Kenyataan tersebut ditulis selepas seorang individu mendakwa perkahwinannya dengan Safawi tidak mendapat restu.

Keluarga bahagia Syifa dan Safawi. 

Malah, individu tersebut juga menulis kononnya ibu Safawi memilih wanita bergelar ustazah sebagai menantu.

Untuk rekod Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya iaitu Saif Sulaiman, 3, dan Suci Suleima yang dilahirkan Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain