suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak mudah cari Puteri Gunung Ledang, Tiara Jacquelina jelaskan sebab dua pelakon satu watak

Tiara jelaskan pengambilan dua watak Puteri Gunung Ledang.

PEMILIHAN dua pelakon untuk watak Puteri Gunung Ledang menjadi tanda tanya orang ramai yang rata-ratanya masih keliru dengan perjalanan teater itu.

Menjelaskan perkara itu, pengarah teater, Puan Sri Tiara Jacquelina, 58, berkata pemilihan tersebut dibuat bagi memastikan kelangsungan pementasan itu untuk jangka masa panjang.

"Ini kesinambungan PGL jadi saya pilih dua orang dan seorang understudy (simpanan) yang saya inginkan untuk jangka masa panjang. Nak cari Puteri bukan mudah.

Aisha dan Mila pegang watak utama Puteri Gunung Ledang.

“Saya sendiri kalau nak jadi Puteri pun bukan mudah. Kena latihan, kena dalami budaya Jawa. Itu bukan budaya dan bahasa kita. Jadi alang-alang nak ada pementasan baharu, saya nak latih dua orang sekali.

“Kalau salah seorang tidak ada masa, akan ada penggantinya. Kalau satu tak bersedia, akan ada satu lagi. Dua yang utama dan seorang understudy. Kiranya ada tiga dan  ini memang niat saya untuk kesinambungan,” katanya.

Menurut Tiara lagi, pendekatan sama turut digunakan bagi watak lain seperti Bayan yang turut dilakonkan oleh dua pelakon iaitu Mimi Fly dan Nadia Aqilah.

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Fly sangat rajin, dedikasi ketika latihan… Tiara Jacquelina puji pelakon PGLTM

ARTIKEL BERKAITAN: Mila Mohsin curi-curi berlatih vokal, Tiara baru tahu ketika anak hadiri uji bakat Puteri Gunung Ledang

Semua melalui latihan budaya Jawa, tarian dan persediaan lengkap sebagai Puteri. Bila-bila masa diperlukan, mereka sudah bersedia,” jelasnya.

Dalam masa sama, dia turut mendedahkan pelakon understudy bagi watak utama tersebut mempunyai latar belakang teater yang sangat hebat.

 

“Bukan mudah nak pilih understudy sebab semua berbakat. Kalau boleh saya nak semua sekali dalam produksi ini,” kongsinya.

Tiara sediakan simpanan untuk Puteri Gunung Ledang.

Tambahnya, pementasan tersebut menghimpunkan ramai bakat hebat yang masing-masing membawa keunikan tersendiri dalam menjayakan karya berkenaan.

Sebelum ini, pemilihan Aisha Retno dan Mila Mohsin sebagai pelakon utama Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain