BARU dua hari dilancarkan, lagu Ku Yang Berjuang nyanyian Danial Kifli sudah mencetuskan fenomena apabila berjaya memasuki carta trending selain menjadi bualan hangat pengguna media sosial.Di sebalik sambutan luar biasa itu, ramai tidak mengetahui lagu berkenaan sebenarnya lahir daripada kisah hidup penuh duka komposernya sendiri iaitu Jal Arya. Menurut Jal, dia pernah berada di ambang maut selepas terlibat dalam satu kemalangan serius sehingga menyebabkan dirinya koma dalam tempoh tertentu.Danial berjaya membawakan lagu Ku Yang Berjuang dengan baik. “Waktu itu saya memang koma sebab kemalangan. Doktor cakap harapan sangat rendah untuk saya terus hidup.“Tapi Alhamdulillah saya masih dipanjangkan umur. Bila sedar, orang yang saya cari sudah tiada. Semua nombor dan media sosial saya disekat,” katanya.Pengalaman tersebut meninggalkan trauma mendalam buat Jal sehingga memberi kesan terhadap emosi dan mentalnya untuk satu tempoh yang panjang.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bergelar ‘Datin’ ajak buat perkara tak senonoh, Danial Kifli takut azab AllahARTIKEL BERKAITAN: Danial Kifli impi lagu masuk AJL tapi takut orang tak kenal, terkilan suara disamakan Haqiem RusliRasa kehilangan dan kesakitan itulah tercetusnya idea menghasilkan Ku Yang Berjuang, sebuah lagu yang membawa mesej tentang perjuangan hidup, kecewa dan usaha untuk kembali bangkit selepas diuji.Lebih menyentuh hati, vokal penuh penghayatan daripada Danial berjaya menyampaikan emosi lagu tersebut sehingga ramai pendengar mengakui mereka turut dapat merasakan kesedihan yang cuba disampaikan.Ku Yang Berjuang kini boleh didengari di semua platform penstriman digital manakala video muzik rasminya tersedia di YouTube.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!