TIDAK lokek berkongsi rezeki, penyanyi dan pelakon Azza Elite sering memberi makanan secara percuma ketika dia menjalankan perniagaan makanan di mana-mana lokasi.Lebih istimewa, Azza atau Nor Azzarima Zawari, 49, akan memastikan stok jualan dibuat dalam kuantiti yang banyak supaya boleh diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) atau mereka yang berdepan masalah kesihatan. "Kalau buat 1,000 kek untuk jualan, saya akan suruh kitchen buat lebih kurang 1,100. Kalau 2,000, saya akan suruh buat 2,100.Azza bermurah hati untuk berkongsi rezeki. "Yang selebihnya saya bagi hadiah untuk anak-anak autisme, OKU, orang buta, orang bisu, pengguna kerusi roda dan sesiapa yang saya rasa tergerak hati nak bagi," katanya.Azza menulis perkara tersebut di Threads miliknya sebagai respons terhadap seorang pengguna yang berkongsi pengalaman menikmati kek coklat jualannya.ARTIKEL BERKAITAN: Tak ‘hamak’ nak makan percuma, Azza Elite ada cara sendiri bantu peniaga ARTIKEL BERKAITAN: Azza Elite tolak undangan rumah terbuka, risau anak autisme buat hal… Teringat insiden melukakan hatiTambah Azza, dia juga terbuka memberi makanan tersebut secara percuma kepada mana-mana individu yang disebut ketika dia sedang berniaga."Untuk anak autisme atau OKU, kalau saya ada di booth jangan bayar. Saya hadiahkan sahaja," ujarnya.Azza aktif melakukan jualan di festival. Hantaran tersebut turut mendapat perhatian seorang pelanggan yang pernah merasai sendiri pengalaman sama tentang sikap murah hati penyanyi itu."Itulah sebab suka sangat dengan kek Azza. Selain sedap, dia jaga kualiti. Paling suka ialah dia suka bersedekah," tulis individu berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!