suria

Tak ‘hamak’ nak makan percuma, Azza Elite ada cara sendiri bantu peniaga

Azza memahami situasi peniaga yang memerlukan kos tinggi dalam menyediakan makanan.

PENYANYI Azza Zawari tampil memberi berkongsi pandangan mengenai budaya meminta makanan percuma dalam kalangan artis dan pempengaruh yang hangat diperkatakan di media sosial.

Menurut Azza atau Nor Azzarima Zawari, 48, isu sebegitu sudah menjadi perbualan umum, malah kadangkala turut menjejaskan imej artis lain.

"Ada kita terbaca di Threads artis dan pempengaruh suka sangat nak minta itu ini percuma. Dah terbabit (terpalit) artis lain. Peniaga tu berniaga ada kos, kalau peniaga tak nak bagi sudahlah. 

Perkongsian yang dimuat naik di Threads miliknya.

"Tapi kalau peniaga bagi anggap sajalah sedekah yang akan kembali menjadi rezeki buat kau," katanya. 

Azza berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja ‘songlap’ duit jual kek, Azza Elite kesal layanan baik dibalas mencuri

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pekerja lari nampak suami Azza Elite, tergamak tinggalkan isteri di pasar raya elak bersemuka 

Dalam pada itu, Azza memberitahu dia yang juga merupakan peniaga produk makanan menegaskan bahawa dirinya tidak gemar memohon makanan percuma kerana enggan terbeban dengan tanggungjawab membuat reviu.

"Sebagai seorang artis dan kebetulan meniaga makanan, kita memang tak hamak nak makan percuma sebab kita malas nak reviu. 

"Aku punya kek pun aku tak reviu, inikan pula orang lain punya. Tapi cara aku bantu peniaga ni lain, aku suka aku beli dan makan. Habis cerita," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain