suria

“Betul dia ada WhatsApp” - Hazwani Helmi jawab dakwaan rapat dengan pelakon lelaki

Hazwani menjawab dakwaan hubungan dengan pelakon drama Iqbal.

ADIK kepada penyanyi Datin Seri Heliza Helmi, Hazwani tampil memberikan penjelasan berhubung spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan pelakon lelaki drama Iqbal.

Hazwani atau Nur Hazwani Afiqah Helmi, 28, menegaskan bahawa dakwaan netizen kononnya wujud hubungan peribadi antara mereka adalah tidak berasas.

Menurut Hazwani, pelakon lelaki berkenaan ada menghubunginya melalui WhatsApp, namun perbualan itu tidak membawa maksud seperti yang disangka netizen.

Hazwani dalam pertimbangan untuk menjayakan drama terbaharu.

"Jangan kaitkan dengan makhluk yang tengah anda bercakap sekarang. Saya rasa kena bagi kenyataan kerana tidak adil juga sekiranya tiada kenyataan daripada pihak saya. 

"Betul dia ada WhatsApp tetapi dalam mesej itu tidak ada apa-apa yang kalian fikirkan. Dia tidak cakap secara terus terang, dia hanya sekadar bertanya okay ke tentang 'ship' ini. Dia buat hanya untuk meraikan peminat dan dalam masa sama mempromosikan drama Iqbal," katanya. 

Hazwani berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan di TikTok miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dilayan macam binatang, Hazwani Helmi saksi kekejaman rejim Zionis depan mata

ARTIKEL BERKAITAN: Heliza dan Hazwani Helmi pula ditahan tentera Israel

Dalam pada itu, Hazwani turut menjelaskan bahawa perbualan mereka terhenti setakat itu sahaja tanpa sebarang lanjutan.

"Saya pun kongsikan pandangan, jadi hanya setakat itu sahaja. Tidak ada lanjutan mesej selepas itu. Saya harus beri penjelasan sebab setakat ini dalam mesej ini tiada unsur seperti apa yang kalian fikirkan. 

"Saya menjawab pun atas dasar pegangan saya. Alhamdulillah diterima baik oleh pelakon itu," ujarnya. 

Dalam masa sama, Hazwani turut berkongsi bahawa dia kini sedang mempertimbangkan peluang untuk terlibat dalam pembikinan drama selepas dihubungi seorang penerbit baru-baru ini.

Hazwani berharap peminat tidak salah sangka tentang hubungannya dengan pelakon drama Iqbal.

"Ada seorang penerbit ni hubungi saya tanya ada idea ke nak buat drama Islamik. Saya mahu anda semua doakan. 

"Sebelum ini saya memang ada berbincang dengan penerbit untuk buat drama tetapi saya tidak tahu sangat sebab tiada pengalaman dalam drama. 

"Doakan jika kami berjumpa dengan team yang ada kesefahaman yang sama, saya nak buat drama bukan hanya sekadar drama tetapi sebagai medan dakwah," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain