TINDAKAN penyanyi Andi Bernadee memadam semua hantaran di Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya sekali gus memberi bayangan mahu menghilangkan diri.
Tampil menjelaskan perkara tersebut, Andi memberitahu tiada apa yang perlu dirisaukan kerana dia masih meneruskan kerjaya seni seperti biasa.
Malah penyanyi ini juga enggan memberi komen panjang atas keputusan yang dibuat itu.

Akaun Instagram dan TikTok Andi kosong tanpa sebarang hantaran.
"Tak perlu nak komen lebih. Saya masih menjalani kehidupan harian seperti biasa," katanya ketika dihubungi mStar.
Menerusi pemerhatian, Andi dilihat membiarkan laman Instagram miliknya kosong tanpa apa-apa gambar atau video.
Difahamkan penyanyi itu juga sudah tidak lagi aktif di media sosial sejak seminggu lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Andi Bernadee janji tak hilang lagi, mahu buat showcase untuk peminat... Syukur nama masih dikenali
ARTIKEL BERKAITAN: Andi Bernadee kembali dengan lagu cinta, ‘Siapakah Namamu’ sarat rasa romantis
Menurut Andi, cukup sekadar orang terdekat mengetahui keberadaannya dan tidak perlu lagi untuk terlalu berkongsi di media sosia.
"Yang tahu sahaja tahu. Biarlah yang terdekat sahaja tahu," ujarnya ringkas.

Andi minta orang ramai tidak risau selepas memadam semua gambar di sosial media.
Dalam masa sama, dia juga menganggap tempoh tidak aktif di media sosial adalah langkah terbaik untuk mencari sesuatu yang baharu buat dirinya.
"Biarlah bertenang dahulu sebelum memulakan sesuatu yang baharu," jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


