suria

Andi Bernadee kembali dengan lagu cinta, ‘Siapakah Namamu’ sarat rasa romantis

Andi muncul dengan karya baharu berjudul Siapakah Namamu.

BAGI mengubat rindu peminat, penyanyi dan komposer Andi Bernadee muncul dengan sebuah karya baharu berjudul Siapakah Namamu.

Andi atau Andi Azrul Andi Mapangile, 34, berkata lagu berkenaan merupakan kolaborasinya bersama The T dan Kuizz yang bertindak sebagai penyusun muzik dan penerbit.

Katanya dia juga menyumbangkan idea dalam penulisan lirik bagi menambahkan sentuhan peribadi dalam lagu berkenaan.

Melodi Siapakah Namamu tarik minat Andi.

"Saya mahu menyuntik elemen yang mencerminkan diri saya agar lagu ini benar-benar dekat di hati," katanya.

Berkongsi mengenai proses rakaman, Andi memberitahu ia tidak mengambil masa yang panjang namun mengakui menitikberatkan teknik vokal.

Tambahnya, melodi yang dihasilkan The T terus menarik perhatiannya sejak kali pertama didengari.

ARTIKEL BERKAITAN: Khidmat kejut sahur hanya gurauan, Andi Bernadee bukan mainkan perasaan peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Andi Bernadee alami masalah kaki lemah, tubuh badan kurus bukan kerana bahan terlarang

“Melodinya kedengaran mudah, tetapi sebenarnya ia memerlukan kawalan vokal pada bahagian melodi yang ada naik dan turun. Keunikan melodi inilah yang menjadi kekuatan lagu ini.

"Saya tertarik dengan melodinya dan merasakan ada sesuatu yang istimewa. Sebelum ini, saya belum pernah mempunyai rentak seperti ini dalam discography saya," katanya lagi.

Menurut Andi, Siapakah Namamu mengangkat kisah indah tentang pertemuan cinta yang tidak diduga sekali gus membawa pendengar ke dalam detik pertama jatuh cinta.

Siapakah Namamu membawa rentak discography.

Bagi Andi,  karya itu sesuai didengar dalam momen romantis tanpa perlu terlalu mendalami maksud liriknya.

"Lagu ini menceritakan tentang seseorang yang menunggu kehadiran cinta. Akhirnya, cinta itu hadir di depan mata, mempesona dengan wajah ayu, cantik, dan jelita, lalu timbul keinginan untuk berkenalan,” ujarnya.

Siapakah Namamu kini boleh didapati di semua platform penstriman digital sejak  15 Ogos lalu dan muzik video sudah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Andi Bernadee.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain