suria

“Anak saya perlu diselamatkan” - Abby Abadi kongsi luahan hubungan toksik

Abby berkongsi luahan hati seorang ibu.

PERKONGSIAN pelakon dan penyanyi Abby Abadi di laman sosial miliknya sekali lagi mencuri tumpuan ramai. 

Dalam satu hantaran Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, berharap agar anaknya dapat diselamatkan daripada terus terlibat dalam sebuah hubungan yang tidak sihat. 

“Saya doakan anak saya berjaya keluar daripada hubungan toksik itu.

Perkongsian Abby di Instagram. 

“Anak saya perlu diselamatkan daripada hubungan toksik itu,” tulisnya. 

Abby menulis perkara tersebut di Instastory miliknya berserta tangkap layar sebuah ungkapan tentang kuasa berdoa. 

Perkongsian itu juga ditujukan kepada mereka yang sering bercakap buruk tentang dirinya.

“Tulis di sini supaya ‘acik-acik’ yang maki hamun sepanjang zaman itu puas hati. Cepat doakan sama,” tegasnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak nak luah, tapi Abby Abadi biarkan komen netizen jadi wakil... Ada yang cadang Marissa Dania undur diri

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa minta Abby Abadi berhenti sebar cerita tak benar, dah hubungi ibu tapi tidak diendahkan

Dalam hantaran yang dikongsikan, Abby tidak menyebut sebarang nama namun dipercayai berkaitan perkahwinan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim bersama Ahmad Aslam. 

Sebelum ini Abby memuat naik beberapa tangkap layar komen netizen yang menasihatkan Marissa supaya meninggalkan kehidupan poligami dan memulakan lembaran baharu.

Malah, tidak kurang juga yang lantang menyuarakan pendapat, pada usia yang masih muda dengan rupa paras menawan, Marissa seharusnya menikmati peluang membina masa depan lebih cerah dan bukannya terikat dengan gelaran isteri nombor dua.

Abby sebelum ini pernah menyebut tentang hubungan perkahwinan Marissa. 

Abby sendiri dilihat bersetuju dengan pandangan itu, malah membalas komen netizen dengan menyarankan agar Marissa mencari jodoh lain, asalkan bukan milik orang.

Terdahulu, Marissa yang baru berusia 20 tahun mengejutkan ramai apabila selamat bergelar isteri kedua kepada Aslam di Songkla, Thailand, pada Disember 2023. 

Ketika itu, Aslam sudah memiliki seorang isteri, Umisya dan tiga cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain